Jika anda yang baru sahaja berpindah ke rumah baru , sudah pasti perkara pertama yang anda mahu lakukan ialah mengemas atau menyusun barang rumah terutamanya dapur kan? Bagi kaum wanita, bab-bab menghias dapur kecil ini adalah kepakaran mereka.
Menurut perkongsian daripada Puan Adiha Adib dilaman Facebook, beliau telah berkongsikan beberapa tips yang menarik untuk menukarkan dapur yang kelihatan sempit dan buruk kepada dapur kecil yang kelihatan mewah menggunakan meja banquet kabinet.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Puan Adiha ini hias dapur kecil menggunakan meja banquet sendiri yang akan memudahkan beliau untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan barang dapur. Jom kita ikuti perkongsian menarik daripada beliau.
Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki . Tenang je gais! Ini la hasil, Sebelom & Selepas cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet menjadi ala Kabinet mewah!
Dengan harga mampu milik .Buat sorang tak jalan ni! Yg penting dapat sokongan dari Suami, terima kasih Abang. Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah Sendiri satu hari nanti. Amin
1) Sediakan Meja Banquet
Pastikan ada meja banquet yang muat untuk ruang dapur yang diperlukan (contoh Gambar bersaiz : 76 x 122 x 45 cm)
2) Kayu Terpakai Sebagai Penebal
Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yang diperlukan.
Contoh : Dari dinding ke Sinki
• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6
3) Mengubah Ketinggian Meja
Tinggikan Meja Banquet selaras dengan Sinki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware. Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan. 8 batang diperlukan untuk 2 meja banquet. 8 batang besi berharga RM17
Baki Ketinggian yg diperlukan :
4) Weld Besi
Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60
5) Finishing
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting. Apabila siap pasang wallpaper tersebut, tampal Velcro Tape (belah kanan) menggunakan gam.
SEBELUM:
Pada hari pertama masuk, hanya ada Sinki sahaja. Yang selebihnya adalah kosong.
SEBELUM:
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni.
Masak pun main2 je. Ni ke nama nya tongkang pecah? Haha
SELEPAS:
• Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20
SELEPAS:
Marble Wallpaper : 6 Meter RM27 .
SELEPAS:
Bekas: Rm2.00+ / botol
• 2 ply & Kedai Eco
SELEPAS:
• Langsir meja + Velcro : RM83
Tinggi Sinki : 92.5cm
Panjang : 600cm Skirting : Miety Zain
Link untuk belikan langsir mini juga disertakan di bawah.
https://shopee.com.my/product/190649997/4603795549?smtt=0.0.9
SELEPAS:
Rak Ikea (Lerberg): RM69
Bagaimana dengan hiasan dapur kecil ini? Nampak mewah dan premium bukan? Anda juga boleh mengambil perkongsian ini sebagai inspirasi dan cuba lakukan sendiri dirumah anda. Selamat mencuba.
Kredit : Adiha Adib