Ruang tamu yang kelihatan mewah sudah pasti dapat menjadikan kediaman lebih ceria dan selesa. Sebenarnya masih lagi ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan wainscoting pada bahagian dinding dapat menaikkan lagi seri ruang tamu ditambah lagi dengan beberapa faktor termasuk pemilihan warna dan hiasan dalaman rumah.
Jika padanan tersebut berjaya di adunkan dengan betul, sudah pasti ia mampu menimbulkan satu kesan yang kelihatan mewah pada bahagian ruang tamu rumah.
Jadi, jom kita lihat proses yang dilakukan bagi menjadikan ruang tamu rumahnya kelihatan cantik dan mewah.
Sebelum dan selepas.
Hasil deco buat wainscoting dari kami suami isteri. Idea dari group deco.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan dinding semasa pemasangan wainscoting dilakukan oleh suaminya.
Gambar-gambar semasa proses pemasangan wainscoting dilakukan.
Selepas wainscoting selesai dipasang, projek seterusnya pula adalah pemasangan cermin lots pada bingkai wainscoting itu.
Beginilah hasilnya ruang tamu setelah ubahsuai berjaya dilakukan. Terus nampak mewah dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ubahsuai yang dilakukan ini dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mendeco.
Kredit: Nadzirah Nazri Xera