Untuk rumah yang lama-lama ni sudah pastinya dah ada banyak kesan warna kuning kat siling rumah akibat daripada air yang bocor dan bertakung kat situ. Kalau dibiarkan begitu makin lama makin sakit hati pula tengok kesan tompokan kuning tersebut.
Nak bagi hilangkan kesan tersebut kena tukarkan siling beberapa keping. Rasa macam dah membazir pula. Usah risau kerana anda boleh sahaja menutup kesan kuning yang ada pada siling rumah dengan cara yang senang diajarkan oleh jason_jezi.
Beliau mengajarkan bagaimana nak menutupkan kesan tompokan kuning yang ada pada siling dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Nak tahu apa bahan tersebut jom tengok perkongsian daripada Giler Deco ini.
Bagaimanakah cara yang efektif untuk menutup kesan kuning yang ada pada siling? Jom tengok caranya ini. Jangan lupa untuk share kepada kawan-kawan cara tutup kesan warna kuning pada siling ini
Cara Untuk Tutup Kesan Kuning Yang Ada Pada Siling
Bagaimana nak hilangkan kesan kuning yang ada pada siling ni? Stress lak rasa tengok diatas ni.
Pertama sekali pastikan anda cari dan gunakan maxilite warna putih ini.
Sapukan pada tempat yang ada kesan kuning itu.
Anda boleh nampak centre sudah pun nampak putih. Namun masih lagi ada kesan pada kiri kanan tempat tersebut.
Untuk bahagian ni gunakan spray paint putih.
Sembutkan pada bahagian yang masih lagi ada warna kuning dan tunggu 10 minit.
Sapukan balik untuk kali kedua.
Dan akhirnya siap juga hasil menutup kesan kuning yang ada pada siling ini. Tak perlu susah-susah nak tukar terus siling ker apa. Guna cara macam ni jer.
Video Tiktok Bagaimana Untuk Tutup Kesan Kuning Yang Ada Di Siling
Kredit : jason_rezi (Tiktok)