Penggunaan wainscoting pada dinding ruang tamu sudah menjadi kebiasaan. Rata-rata pemilik rumah pada masa kini lebih memilih untuk melakukannya secara DIY dari pengupah orang.
Hal ini kerana, dengan melakukan secara sendiri, ia lebih jimat berbanding mengupah orang. Pemasangan grand mirror sebenarnya tidaklah begitu sukar, semua orang boleh cuba menghasilkannya sendiri di rumah.
Bagi melihat cara dan bagaimana pemasangan cermin ini terhasil, jom terus ikuti perkongsian menarik dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah. Siap sudah projek hari itu. Grand mirror bajet, pakai cermin IKEA sahaja.
Hasil usaha suami Lawrence Ashraf memenuhi impian Mazni Radzi. Berbaloi buat sampai jam 5 pagi.
Bahagian dinding rumah yang ingin dilakukan pemasangan wainscoting.
Bingkai wainscoting disusun terlebih dahulu sebelum dipasang pada ruang dinding.
Pastikan ukuran bingkai tersebut dibuat sama saiz.
Bingkai wainscoting mula dipasang pada dinding. Semasa proses penampalan, ia perlu lekatkan dengan tape supaya wainscoting tersebut tidak jatuh.
Ukuran frame yang mahu dipasang cermin adalah 35 cm. Saiz kayu yang digunakan adalah 1 cm.
Proses pemasangan diteruskan lagi.
Proses pemasangan bingkai wainscoting siap sepenuhnya.
Selepas itu, proses seterusnya pula adalah dengan mengecat bahagian dinding dan bingkai wainscoting tersebut.
Proses mengecat telah selesai. Seterusnya pula adalah pemasangan cermin pada dinding pula.
Cermin juga telah siap dipasang. Inilah hasil setelah projek DIY wainscoting selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.