Memiliki kediaman yang selesa dan cantik ibarat syurga bagi kita dan keluarga. Bagi memastikan rumah sentiasa kelihatan menawan dan ceria, kita perlu fikirkan satu konsep dan gaya baru supaya rumah kediaman tersebut kekal menarik.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Shizune Nami, beliau telah berkongsi satu cara mudah wainscoting ruang tamu bermodalkan bawah RM400 sahaja.
Jom sama-sama kita lihat hasil waincoting yang berjaya dilakukan di bawah ini.
Nak kongsi DIY wainscotting untuk cermin IKEA. Alhamdulillah nak dekat 5 tahun duduk rumah ni baru berkesempatan nak deko-deko.
Barangan yang digunakan :
Kayu shiplap mula dipasang pada bahagian dinding tersebut. Bagi memastikan kayu itu melekat dengan kuat dan tahan lama, gunakan gam jenis Aqua Nails.
Setelah bingkai besar selesai dipasang, proses seterusnya pula adalah dengan memasang bingkai kecil menggunakan kayu nyatoh.
Tips mudah bagi memastikan kayu nyatoh itu tidak mudah tertanggal:
Apabila dilekatkan dengan gam, perlu tampal tape pula bagi menyokong kayu tersebut dari jatuh.
Ada yang bertanya "ukuran frame ini kena buat ikut ukuran cermin atau tidak?" Jawapannya adalah potong kayu lebihkan sikit sahaja dari ukuran cermin. Kalau tidak, cermin susah masuk nanti.
Cat yang digunakan adalah cat Jotun.
Hasil selepas projek ubahsuai ruang tamu ini selesai dilakukan.
Pandangan penuh ruang tamu rumah.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mendeko.