Penghasilan dekorasi pada bilik solat sangat jarang diketengahkan oleh pemilik rumah. Hal ini kerana, mungkin terdapat banyak faktor yang membuatkan ruang solat tidak difokuskan. Salah satunya adalah ketiadaan bilik yang khusus untuk solat.
Selain itu, faktor ruang dan bilik yang terhad juga menjadikan ruang ini sukar untuk diberikan satu dekorasi yang khas untuknya. Namun, ada juga pemilik rumah yang kami temui melakukan dekorasi yang cukup menarik pada bilik solatnya.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Siti Asiah, selain dari berkongsi proses ubahsuai yang dilakukan, beliau juga sempat berkongsi cara hasilkan batten wall pada bilik solat dalam masa 5 jam sahaja.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik dan kreatif ini dengan lebih lanjut di bawah.
Sebelum dan Selepas ubahsuai ruang solat.
Siap batten wall dengan bajet RM127.00 dalam masa 5 jam sahaja
Ini adalah peralatan dan barangan yang digunakan untuk pemasangan batten wall pada bilik solat.
Caranya tidaklah begitu sukar, ia hanya perlu ukur kawasan yang mahu dipasang batten wall tersebut dan kemudian tampalkan dengan menggunakan gam Xbond mengikut garisan yang telah ditetapkan.
Selepas siap dipasang, sebelum ianya dicat, ia perlu disapu dengan cat coating terlebih dahulu.
Batten wall setelah selesai dicat dengan warna hijau pucuk.
Si bulus pun nak masuk dalam gambar juga.
Hasil bilik solat setelah selesai diubahsuai. Gambar khutbah pada dinding itu ditampal dengan menggunakan wallpaper sticker sahaja.
Pandangan dari sudut sisi.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.