Cara Untuk Pasang Cermin Tinted Secara DIY Di Rumah

21,263 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada yang tertanya apa fungsi dan cara untuk pasang cermin tinted rumah ini sebenarnya? Untuk makluman anda, tinted cermin rumah merupakan sejenis plastic yang ditampal pada bahagian cermin rumah dan ianya boleh menghalang haba untuk memasuki ke dalam ruang tamu rumah serta privasi keluarga anda lebih terjaga dengan adanya tinted cermin rumah ini.

Namun, untuk upah kos memasang tinted ini sangatlah mahal iaitu sekitar RM800 sehingga RM1000 jugak. Wow boleh tahan mahal juga yer nak pasang cermin tinted ni. Jadi apa kata sekiranya anda buat sendiri je memasang tinted cermin ini. Sekurang kurangnya anda dapat berjimat lebih lagi daripada upah orang luar yang harganya boleh mencecah RM1000.

Sebagai contoh, anda boleh mencuba cara untuk pasang cermin tinted daripada Saudara Zulfikri Zainol ini. Sudah pasti anda akan berpuas hati dengan hasil yang anda buat sendiri. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau

Cara Senang Untuk Pasang Cermin Tinted Secara DIY

Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.

Rupa sebelum cermin tinted dipasang. Kita boleh nampak yang kawasan ruang tamu di dalam rumah boleh di lihat begitu saja oleh tetamu atau orang di luar rumah. Jadi ianya agak tidak selamat untuk anak-anak serta isteri anda untuk lepak di ruang tamu.

Cara Pasang Cermin Tinted

Kos pasang sendiri

Sticker tinted 5ftx50ft - RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan. Jimat lebih kurang RM800. Buat anda yang tak tahu di mana nak membeli sticker tinted ini, min ada kongsikan kepada anda contoh tinted tersebut di bawah.

Cara-cara pemasangan :

  1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yg melekat kat cermin tu.
  2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).
  3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar. Tutup kipas untuk elak dia berterbangan melekat kat benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
  4. Lekat dan adjust tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
  1. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu).
  2. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk ja pastu pasang balik getah. Tak perlu potong dah.
Cara Pasang Cermin Tinted

Pandangan dari luar setelah selesai memasang tinted cermin tersebut. Sangat cantik dan yang paling penting privasi keluarga anda akan semakin terjaga selepas ini.

Cara Pasang Cermin Tinted

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana. Selamat mencuba.

Kredit : Zulfikri Zainol

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down