Cara Pasang Kayu Shiplap Pada Ruang Tamu

4,569 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilkan dekorasi dalaman rumah dengan menggunakan kayu shiplap dan wainscoting pada masa kini memang cukup digemari oleh pemilik rumah.

Hal ini kerana, ianya dapat menghadirkan satu suasana rumah yang lebih ceria dan menarik. Projek DIY pada kali ini dilakukan oleh suami kepada wanita ini yang bernama Faraliza Aida Bakhrin.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Pasang Kayu Shiplap Pada Ruang Tamu

Cubaan kali pertama, testing! testing! siap!

Sebenarnya beliau sudah lama menyimpan hajat untuk menghasilkan dinding shiplap ala-ala rumah kayu zaman dahulu kala. Sebelum ini, beliau kerap melihat posting kawan-kawan yang berkongsi di group deko.

Kemudian, beliau tunjukkan pula dekat suaminya. Setelah itu, beliau mendapat green light untuk hasilkan dekorasi dalaman rumah seperti ini.

Semasa permulaan pemasangan shiplap ini, boleh dikatakan sangat senang buat projek DIY seperti ini. Sehari dua sahaja siap pemasangan.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Pemasangan sudah hampir siap dilakukan.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Kemudian, dinding dicat dengan menggunakan cat khas untuk kayu berwarna putih.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Pada bahagian tingkap ini agak sukar sedikit untuk dicat semula. Jadi, beliau buat sahaja asalkan kelihatan kemas.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Langkah seterusnya, tampal kayu tersebut pada bahagian dinding atas pula dengan menggunakan gam Xbond.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Ada yang bertanya, kalau nak panjang seperti ini, kena potong dari kedai ke atau potong sendiri?

Beliau berkata, yang datang dari kedai ada panjang 2 kaki, 3 kaki dan 4 kaki. Selain dari itu, beliau potong sendiri sahaja.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Dinding pada bahagian bawah itu tidak rata, sakit mata juga kalau tengok depan-depan. Namun, sebab ini pertama kali buat, kira hebat juga mereka dapat hasilkan sendiri.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Selepas selesai mengecat, baliau cukup berpuas hati dengan hasilnya. Terus hilang rasa menyampah ketika mula-mula nak buat itu.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Inilah hasil akhir projek DIY pada dinding ruang tamu mereka. Cukup cantik dan menarik, kelihatan seperti rumah kampung.

cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu
cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Decopada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down