Cara Pemasangan Vinyl Floor Untuk Ruang Yang Kecil

6,188 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk proses pemasangan vinyl floor ini, Min tengok ramai yang masih lagi tidak tahu cara untuk memasangnya. Ada yang nak pasang namun tidak menjadi dan ada juga dah pasang vinyl floor namun ia tercabut balik selepas digunakan.

Sebenarnya, itu mungkin disebabkan cara pemasangan lantai vinyl yang dilakukan adalah salah dan tidak betul. Anda boleh tengok perkongsian daripada Ayu Roses ini yang berkongsikan bagaimana untuk melekatkan lantai vinyl dengan lebih kemas dan tidak mudah tercabut.

Beliau ingin memasang lantai vinyl dihadapan tandas dan untuk mengelakkan daripada lantai vinyl mudah tercabut. Beliau menggunakan gam khas agar ia melekat dengan kuat. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Proses Pemasangan Vinyl Floor Yang Betul & Simple Untuk Ruangan Yang Kecil

Proses memasang vinyl floor eco, pepagi gigih pasang bende ni sorang² dengan hanya memakai baju kelawarnya.

Keluasan untuk bahagian ini adalah 5 kaki x 6 kaki. Saya menggunakan dalam 20 keping sahaja vinyl floor untuk bahagian hadapan tandas.

Untuk melekatkan vinyl floor agar lebih kemas dan kuat, saya tampalkan sedikit gam dunlop sebab saya nak pasang vinyl floor ni depan tandas. Jadi, ia akan lebih kemas dan tidak mudah tercabut.

Bahan-Bahan Yang Digunakan

Cara Untuk Memasang Vinyl Floor Dengan Betul

Terlebih dahulu, saya susun dulu semua vinyl floor ni mengikut pattern yang saya nak sebelum sapu gam kat lantai.

Pemasangan Vinyl Floor

Jika ada beberapa kepingan vinyl floor yang lebih, boleh potongkan mengunakkan pisau pemotong yang tajam ini.

Disebabkan saya ingin lekatkan vinyl floor ni di hadapan tandas, risau nanti gam asal vinyl floor tak tahan lama. Saya mencadangkan untuk tambah sedikit gam dunlop ini agar ia lekat dengan kuat.

Gam dunlop ini saya beli yang 900ml. Baru guna separuh sahaja.

Untuk gam tu saya sapu guna kotak je. Tunggu biar betul kering baru lekat vinyl floor, tujuan tambah gam sebab saya nak lekatkan depan bilik air, so boleh tahan lama sikit. Kalau lekat kat tempat kering tak perlu tambah gam, sebab vinyl ni dah ada gam siap.

Pemasangan Vinyl Floor

Lepas siap sapu dan lekatkan vinyl floor, tunggukan sehingga ia betul-betul kering.

Pemasangan Vinyl Floor

Hasil Lepas Memasang Vinyl Floor Pada Ruangan Tersebut

Inilah dia gambar sebelum dan selepas pemasangan vinyl floor. Walaupun simple jer namun saya harap ini dapat memberikan sedikit sebanyak cara untuk memasang vinyl floor.

Pemasangan Vinyl Floor

Sumber : Ayu Roses

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down