Baju terlampau banyak dah kat rumah sampaikan tiada ruang dah nak sangkut kat mana? Kalau ada pun risau rak akan runtuh dan terpaksa beli yang baharu pada harga yang melampau mahal. Usah dirisau sangat kalau runtuh pun kerana anda boleh melakukan DIY rak baju besi simple sahaja dirumah menggunakan bahan-bahan mudah dicari.
Perkongsian daripada Iskandar Isnin ni menunjukkan bahawa kita semua mampu melakukan rak baju besi yang open sebagaimana dilakukan oleh beliau. Yang paling menarik lagi adalah diy ini boleh dilakukan seorang diri dirumah pada harga bajet.
Nak tahu bagaimana diy ni dilakukan serte dengan langkah-langkahnya? Jom tengok artikel giler deko kali ini.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua warga TuAHiHarini saya dapat siapkan rak baju, alhamdullilah siap dengan jayanya.Batang besi stainless steel beli di hardware.
Lepas ni nak buat sliding supaya baju2 tertutup tak berhabuk, Barang2 yang digunakan saya sertakan gambar sekali jika Tuan/Puan nak cuba buat sekali.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Buat Rak Baju Besi Ini
Proses Untuk Lakukan DIY Rak Besi Ini Dirumah
Pertama sekali adalah drillkan wall mount pada dinding. Pastikan sama rata dan pasangkan ring bolt untuk tujuan letakkan rod besi tahan karat.
Hasilnya akan nampak macam ni. Nak lagi memanjang boleh buatkan pada tempat yang luas.
Testing dulu dengan meletakkan beberapa helai baju nak tengok ketahana besi tersebut. Kalau ada jatuh ataupun lembik mana-mana maknanya kena ketatkan lagi skru pada dinding ataupun cari rod yang lebih tebal.
Ni selepas dah banyak sangkutkan baju pada rak besi ni. Alhamdulillah setakat ni bertahn dengan cemerlang. Tiada pun kesan bengkok atau apa-apa pun yang teruk.
Kalau anda tiada bajet nak beli almari besar boleh cuba pertimbangkan lakukan DIY sebegini yang dikongsikan oleh Iskandar Isnin ini.
Semoga artikel kali ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua.
Kredit : Iskandar Isnin