Cara Hasilkan Tempat Sorok Wayar Berselirat Pada Ruang TV

3,196 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jelas tersenyum bahagia riak wajah suami kepada seorang suri rumah yang bernama Haslinah Hassan ini setelah melihat projek DIY yang cukup menarik berjaya dihasilkan oleh isterinya yang tersayang.

Idea projek DIY ini muncul setelah mereka merasakan agak berserabut melihat wayar pada bahagian TV yang berselirat itu. Lalu, beliau nekad untuk melakukan DIY supaya ruang tersebut lebih kemas dan rapi.

Untuk melihat proses DIY yang dilakukan ini dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian dibawah ini.

Cara Hasilkan Tempat Sorok Wayar Berselirat Pada Ruang TV

Alhamdulillah.

Bila otak-otak isteri berhubung, Projek hasil air tangan dari isteri. Suami buat tebuk-tebuk dinding sahaja.

Masa beli barang, suami dia punya bebel, tapi tetap layankan juga si isteri ini. Apabila sudah siap, dia tak berhenti puji.

Barangan yang digunakan:

  • Papan plywood.
  • Kayu syiling.
  • Bracket L (Untuk lekatkan kayu pada dinding).

Disebabkan sakit mata tengok gam-gam sticker itu, maka terciptalah idea untuk lakukan projek DIY seperti ini.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

Kayu dilekatkan pada dinding dengan menggunakan bracket L. Selepas itu, skrukan dekat kayu kemudian lekatkan pada dinding.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

Proses sorokkan wayar itu boleh dikatakan makan masa sebab lubang-lubang tak cukup besar. Untuk lekatkan playwood pada dinding boleh guna paku mengikut ketebalan kayu syiling itu. Pastikan lekatkan rangka kayu dahulu, barulah tampal plywood.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

TV mula digantung.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

Proses mengecat dibantu oleh anak-anak mereka.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

Rak pada bahagian bawah itu juga dihasilkan secara DIY.

Tempat Sorok Wayar Berselirat

Hasil penuh bahagian ruang TV selepas projek DIY ini selesai dilakukan. Tiada lagi wayar berselirat pada kawasan tersebut.

Tempat Sorok Wayar Berselirat
Tempat Sorok Wayar Berselirat

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Sangat kreatif penghasilan yang dilakukan oleh seorang isteri dan suri rumah ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam melakukan DIY di rumah dengan cara bajet.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down