5 Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Warna cat dinding rumah adalah salah satu aspek yang perlu anda titik beratkan. Lebih-lebih lagi pada ruang tamu iaitu ruang pertama yang dilihat oleh tetamu. Pilihan cat ruang tamu yang sejuk mampu memberikan kesegaran dan mempengaruhi mood anda.

Ia juga boleh mempengaruhi suhu rumah anda. Warna terang akan memantulkan haba manakala warna gelap akan menyerapnya.

Ini bermakna, ruang tamu anda akan menjadi sejuk dengan warna yang cerah berbanding warna gelap. Warna yang lebih terang akan menjadikan ruang anda berasa lebih sejuk dan lebih mudah disejukkan.

Warna Cat Ruang Tamu Yang Sejuk Supaya Lebih Jimat Dan Selesa

Kami telah merumuskan beberapa inspirasi warna cat ruang tamu yang sejuk untuk diaplikasikan pada rumah anda. Jom kita lihat!

Biru

warna cat ruang tamu yang sejuk

Salah satu warna cat ruang tamu yang sejuk adalah biru. Biru adalah warna yang sangat menenangkan dan menggambarkan keindahan alam seperti laut dan langit. Malah ia juga dapat melapangkan minda dan membantu menstabilkan pernafasan seseorang.

Warna biru pastel dapat menjadikan ruang tamu rumah anda berasa lebih sejuk dan santai seperti di lautan. Warna biru ini juga sesuai dicat pada bilik tidur kerana ia membuatkan anda berasa lebih selamat, tenang dan sejuk.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Vanilla Ice Quarter (A348)

Jotun: Industry Blue (5222)

Sancora: Softie Blue (80426)

Hijau

Selain itu, hijau juga merupakan salah satu warna cat ruang tamu yang sejuk. Hijau menggambarkan keharmonian kerana ia menggemakan rona dunia semula jadi dan salah satu warna cat yang terbaik untuk ruang tamu. Hijau adalah warna yang paling indah dan membantu kita untuk kekal segar dan tenang. Tak tau nak padankan warna perabot untuk dinding hijau, di sini ada idea warna perabot yang sesuai.

Anda boleh tambahkan beberapa tumbuhan hijau di dalam rumah kerana ia juga dapat menyejukkan rumah anda selain daripada mencantikkan rumah. Antaranya ialah pokok snake plant, pokok fiddle leaf fig dan monstera.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Jungle Vine (50GY 51/437)

Jotun: Green Root (8334)

Sancora: Green Willow SG 1073

Hijau Kekuningan

Hijau kekuningan salah satu warna yang cerah yang dapat memberikan suasana yang nyaman dan sejuk. Warnanya juga dapat memberi ketenangan dan sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga di ruangan ini.

Selain itu, ia dapat memberikan kesan lapang dan anda boleh padankan bersama warna pastel yang lain seperti merah jambu muda untuk nampak lebih menarik. Anda juga boleh tambahkan elemen hiasan yang lain seperti lukisan di dinding atau bunga hiasan.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Leapfrog (10GY 61/449)

Jotun: Wondergrass (8325)

Sancora: Sugar Cane (81679)

Putih

Kredit: Sabah Naurin

Warna putih adalah salah satu warna cerah yang boleh menyejukkan ruang tamu dan sangat senang untuk dipadankan dengan warna-warna lain. Jika anda suka minimalis, warna putih ini sangat sesuai untuk ruang tamu rumah anda.

Boleh dipadankan dengan warna hangat seperti perabot kayu dengan sedikit sentuhan warna pastel yang lain. Selain itu, anda boleh tambahkan tumbuhan indoor supaya ia nampak lebih tenang dan menarik.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Brilliant White 2290Y

Jotun: Egg White 101

Sancora: Diamond White 81001

Ungu

Selain itu, warna cat ruang tamu yang sejuk adalah ungu cerah di mana ia menjadikan ruang tamu lebih sejuk dan dingin. Ia juga akan memberikan kesan feminine. Anda boleh gunakan perabot berwarna putih untuk mengimbangi warna terangnya.

Tambahan lagi, anda boleh menambahkan aksen warna-warna yang hangat seperti merah atau coklat pada karpet ataupun frame gambar sebagai pelengkap.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Solitaire (11349)

Jotun: Soft Lilac (4448)

Sancora: Mt. Smokey (91930)

Kesimpulannya, pemilihan warna untuk cat dinding bagi ruang tamu adalah amat penting. Cuaca di Malaysia adalah sangat panas dan jika anda tidak mempunyai penghawa dingin, anda boleh menggunakan taktik ini untuk menyejukkan ruang tamu supaya lebih selesa dan sejuk.

Warna yang cerah yang boleh memantulkan haba supaya lebih sejuk dan sekaligus dapat mencipta ilusi luas pada ruangan yang sempit.

Jadi, kalau anda inginkan ruang tamu yang sejuk dan luas, pilihlah warna cat yang cerah dan seperti yang kami cadangkan. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda memilih cat ruang tamu yang sejuk untuk rumah anda.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down