Masalah cermin penghadang pecah walaupun bilik air jarang digunakan kerap terjadi secara mengejut dan membuatkan pemilik rumah itu sendiri menjadi panik.
Namun, perkara tersebut terjadi disebabkan beberapa faktor tekanan dan faktor lain yang mendorong berlakunya perkara sedemikian.
Pasti korang semua tertanya-tanya bagaimana ianya boleh terjadi? Jadi, jika mahu mengetahui bagaimana ianya berlaku, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Sebenarnya, salah satu punca lain perkara sebegini terjadi adalah disebabkan oleh silicon seal mungkin tidak cukup tebal. Jadi, apabila ia panas, glass tidak ada ruang untuk mengembang dan akan menyebabkan ianya meletup, kemudian pecah.
Penyebab lain juga adalah disebabkan oleh gegaran mikro. Manusia jarang rasa perkara ini. Namun, ianya berpunca dari penggunaan seal silikon yang kurang berkualiti.
Kadang-kadang tukang yang memasang itu hanya letak direct di atas lantai, allign sedikit dekat mana tak rata dan terus silikon. Dekat tempat yang diletakkan atau allign itu adalah direct contact kepada Hard Surface. Apabila ada gegaran-gegaran kecil, termasuk wear dan tear duration, maka risiko pecah lebih tinggi untuk berlaku.
Kalau glass pecah, apa yang patut dilakukan?
Langkah pertama, kita perlu tahu dahulu sama ada cermin tersebut guna tempered glass atau heat soaked tempered glass.
Kalau untuk bilik air atau untuk tujuan dekorasi bahagian dinding dan atap, heat soaked tempered glass adalah yang terbaik. Selepas itu, boleh tambah laminate. Namun, harganya boleh tahan mahal.
Heat soaked tempered glass membolehkan kita mengelakkan isu pecah secara tiba-tiba (spontaneous breakage) walaupun tanpa ada hentakan pada bahagian bucu.
Fungsi heat soaking adalah untuk merawat haba pada tempered glass.
Sebab dalam tempered glass ini ada satu penyakit iaitu Nickel Sulphide (NiS) Inclusion.
Cuma ianya bergantung pada nasib. Kalau NiS itu banyak dalam glass, lagi mudah ia akan pecah secara sendiri. Namun, jika nak lagi selamat, boleh pakai tempered laminated glass.
Kalau retak atau pecah pun masih boleh pakai lagi. Sebab glass yang pecah itu akan melekat pada lapisan laminate. Cuma tak sedap mata memandang sahaja.
Kaca dalam bilik air ini sama ke dengan gelas biasa tengok dekat lot-lot kedai itu? Yang biasa dipasang pada entrances?
Ya, sebenarnya sama sahaja iaitu kategori "safety glass". Yang berbeza adalah ketebalan dan jenis proses untuk finishing. Bergantung kepada kehendak pelanggan.
Contohnya nak guna laminated, tempered, tempered laminated, heat soaked atau heat soaked laminated. Heat soaked laminated adalah jenis yang paling mahal.
Tetapi, yang biasa kita nampak dekat rumah dan kedai adalah jenis laminated glass dan tempered glass sebab harga tak begitu tinggi berbanding kalau guna tempered laminated, heat soaked dan heat soaked laminated.
Sebenarnya dinding atau pintu dari jenis safety glass ini memang tahan lama. Cuma bergantung kepada jenis finishing dan tebal glass. Lagi tebal, lagi kuat dan tahan lama.
Contoh seperti tempered glass 12mm / 15mm, kalau terjatuh atas lantai, kadang-kadang tak pecah pun. Cuma tempered glass agak lemah padabahagian bucu.
Kalau terkena hentakan kuat di bahagian bucu memang akan pecah. Namun, kelebihan tempered glass ini kalau pecah ia akan jadi serpihan kecil dan tidak merbahaya.
Kalau ianya bukan tempered glass?
Jika ia bukan tampered glass, memang akan pecah. Selalunya ada retakan kecil bahagian tepi ketika potong kaca itu. Lama-kelamaan retakan menjadi besar dan apabila ada sikit gegaran akan jadi berderai seperti ini. Jadi, perlu pakai tempered glass, barulah lebih selamat.
Adakah boleh pecah dengan sendiri?
Ya boleh. Cermin tersebut boleh pecah sendiri. Cuma jangka hayatnya tidak tetap. Ada yang cepat ada yang lambat.
Sama ke tempered glass yang kedai emas pakai?
Sama sahaja. Biasanya kalau untuk safety akan pakai yang lebih tebal. Makin tebal, maka makin susah nak pecah.
Low E glass boleh digunakan untuk glass roof tak di Malaysia?
Boleh. Cuma agak mahal sebab Low E glass boleh mengurangkan UV dan infrared dari cahaya matahari.
Jadi macam mana semua? Sudah jelas ke info tentang cermin bilik air yang senang pecah ini?
Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari giler deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit Gambar: Wane Pokmam
Kredit Info: Mohd Hazwan