Dapur Suram Diubahsuai Menjadi Cantik Bermodalkan RM200

4,747 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada sesiapa yang mempunyai dapur yang suram, bersepah dan juga kotor usah risau. Jika anda tidak mempunyai duit untuk upah orang ubahsuai dapur, anda boleh lakukannya sendiri bermodalkan rm200 sahaja. Macam yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett, dapur suram beliau diubahsuai menjadi sebuah ruangan dapur yang glam dan cantik.

Segala barangan yang digunakan untuk melakukan ubahsuai ada yang dibeli online, di kedai Mr DIY dan juga kedai ECO. Jadi, jika anda ingin melihat perubahan sebelum dan selepas dapur milik Mcyah Joanjett. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Dapur Suram & Berkulat Diubahsuai Menjadi Ruangan Dapur Yang "Glam"

Bismillah. Actually rumah aku ni takde dapur. Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.

Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe. Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai eco Rm2.

Barang-Barang Yang Dibeli Untuk Ubahsuai

Keadaan Dapur Yang Suram Dan Berkulat

Inilah dia keadaan dapur kami yang asal sebelum berlakunya ubahsuai ini. Berikut merupakan gambar bahagian sinki kami ini.

Dapur Suram Diubahsuai

Sinki suami buat sendiri guna kayu.

Inilah dia hasil bahagian sinki ini selepas ubahsuai dilakukan. Langsir plastik bilik mandi, aku potong pendek, suami diy penyangkut langsir untuk sangkut. Langsir tersebut dibeli di kedai MR.DIY dengan harga RM8.

Dapur Suram Diubahsuai

Bahagian Tempat Bancuh Air

Tempat bancuh air sebelum.

Tempt bancuh air selepas. Langsir plastik ni yang bawah sinki tadi kan aku potong dua dia labuh. Sparuh letak sinki sparuh letak sini.

Dapur Suram Diubahsuai

Bahagian Tempat Memasak

Bahagian memasak saya yang asal. Maklumlah bersepah tak ada masa nak simpan dan kemas.

Dapur Suram Diubahsuai

Tempat memasak selepas selesai diubahsuai.

Dapur Suram Diubahsuai
Dapur Suram Diubahsuai

Rak untuk saya letak bawang ini dibeli di kedai MR.DIY.

Bekas sudu ini dibeli dikedai eco dengan harga rm2.10

Dapur Suram Diubahsuai
Dapur Suram Diubahsuai

Sumber : Mcyah Joanjett

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down