Siapa sangka, hanya bermula dari sebuah lakaran tangan sendiri, wanita ini yang bernama Atie Basri telah berjaya menjadikan hasil lakaran itu kepada konsep dekorasi rumah secara realiti.
Beliau bermula dari melakar bahagian dapur, almari pakaian dan kebun mini sahaja pada awalnya. Kemudian, idea lakaran itu betul-betul diaplikasikan secara nyata pada rumah kediaman miliknya.
Untuk melihat hasil lakaran yang dilakukan itu, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Ini adalah lakaran bahagian dapur yang dihasilkan.
Kemudian, dijadikan versi realiti yang cukup kelihatan cantik dan kreatif.
Ini pula lakaran wardrobe yang akan dijadikan realiti.
Beliau hanya design sahaja almari ini, kemudian beliau mengupah tukang kayu untuk buatkan.
Lakaran untuk grill pintu masuk.
Grill pintu setelah selesai dipasang.
Lakaran kebun mini di sudut halaman rumahnya.
Inilah hasilnya.
Lakaran kebun mini pada bahagian pagar.
Kebun mini ditepi pagar berjaya dihasilkan.
Beliau juga berkongsi plan lantai berserta keluasan rumahnya.
Buaian ini dilakukan secara custom made khas buat insan tercinta. Ianya bertujuan agar kenangan bersama mereka kekal segar dalam ingatan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi buat semua pembaca diluar sana.