Diwaktu perintah kawalan pergerakan ini boleh dikatakan ramai dikalangan anda semua hanya berada dirumah sahaja. Tetapi itu semua bukan menjadi penghalang bagi adik beradik ini dalam merealisasikan impian mereka untuk ubahsuai rumah mak dan ayahnya.
Perkongsian pada kali ini adalah dari Azura Halem. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah kampung papan guna cat epoxy.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai rumah kampung papan yang sangat menarik untuk dikongsikan ini.
Alhamdulillah.
Deco rumah papan mak dan ayah, rumah kampung/rumah papan.
Selain ruang tamu, mereka juga sempat deco sekali bilik tetamu dan dapur tempat memasak. Tetapi, bilik tetamu belum pasang langsir dan dapur belum siap dan kemas lagi.
Terima kasih adik beradik menyumbang tenaga dan lain-lain.
Keadaan sebelum rumah ini diubahsuai.
Gambar dibawah ini adalah hasil dari transformasi yang dilakukan.
Bahagian lantai telah disimen tinggi sedikit, kemudian cat dengan epoxy sahaja.
Bahagian tingkap pula memang kecil dan rendah. Jadi, mereka tinggikan langsir untuk ilusi tinggi dan besar.
Cat Epoxy digunakan untuk menghasilkan dekorasi pada lantai rumah ini.
Barangan yang digunakan jugak boleh dapatkan di Shopee :
Gambar ruang tamu ini setelah selesai diubahsuai semula.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam mengubahsuai rumah di kampung.
Semoga bermanfaat.