Melakukan dekorasi rumah sudah menjadi satu perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri yang baru berpindah masuk. Dengan kreativiti yang ada, sudah pasti mampu menukarkan rumah yang suram kepada konsep yang lebih ceria.
Walaupun rumah tersebut hanyalah jenis kuaters polis, ianya juga layak dideco dengan gaya baru supaya lebih selesa untuk dihuni.
Itulah yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Siti Aishah SA. Beliau dan suaminya telah menghasilkan deco rumah kuaters polis setelah setahun mendapat kunci. Deco yang dihasilkan berperingkat mengikut bajet yang ada.
Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai yang berjaya dilakukan oleh pasangan ini.
Perumahan Polis Lone Pine, Penang.
Setahun sudah dapat kunci rumah kuarters ni. Mula-mula masuk deko ala kadar je sebab baru kahwin, duit pun tak berapa nak meriah.
Pelan-pelan kayuh kami laki bini mendeko rumah yang tak seberapa ni asalkan selesa.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai. Karpet hijau, bantal hijau, rak tv, bunga gantung-gantung, bunga atas meja dan langsir dari IKEA.
Bean bag hijau beli dekat Shopee: https://shope.ee/2AdnAiJeRk.
Ruang meja makan sebelum diubahsuai.
Ruang meja makan selepas diubahsuai.
Treadmill ini suaminya beli beli dekat Shopee, penghantaran sampai depan pintu rumah. Sangat sesuai untuk badan yang berat nak lari-lari hentak-hentak.
Treadmill: https://shope.ee/4zxyYCWJZw.
Bahagian rak kasut.
Ruang balkoni sebelum diubahsuai.
Ruang balkoni selepas diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur selepas diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur selepas diubahsuai.
Bahagian dapur setelah dilakukan penambahbaikan. Banyak yang beliau beli dekat Shopee sebab murah.
Rak besi ini dibeli dekat IKEA jenama Hyllis.
Itu sahaja perkongsian dekorasi rumah pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi semangat kepada pembaca dalam menghasilkan dekorasi pada rumah yang baru dihuni.
Selamat mendeco.