5 Inspirasi Deko Ruang Tamu Rumah Flat Di Malaysia

Tentu anda tertanya-tanya, boleh ke deko ruang tamu rumah flat cantik-cantik macam rumah lain?

Anda jangan risau, semua rumah atau ruangan boleh deko mengikut citarasa diri sendiri tidak kira sama ada ia rumah banglo mewah, apartment, atau rumah flat sekalipun. Malah, rumah flat sangat mudah untuk dihias kerana ia tidak memerlukan bajet yang banyak. Lebih-lebih lagi pada ruang tamu. Anda tidak perlu meletakkan perabot yang banyak untuk jadikan ia kelihatan mewah.

Kami sangat kagum pada pemilik rumah flat yang telah menghias ruang tamu mereka dengan cantik sekali. Di sini kami telah kumpulkan beberapa deko ruang tamu rumah flat sebelum & selepas mereka menghias dan mengubahsuai ruang tamu rumah mereka. Mari kita lihat!

Gambar Sebelum Dan Selepas Deko Ruang Tamu Rumah Flat

Walaupun ruang tamu rumah flat tidak berapa luas, namun anda boleh gunakan idea yang kami kongsikan ini untuk jadikan ruang tamu anda kelihatan luas.

Transformasi Rumah Flat Kecil Yang Berkeluasan 590 Sqft

Idea deko ruang tamu rumah flat 590sqft ini dikongsikan oleh Syuki Cuki. Beliau membuat dekorasi bertemakan warna putih biru.

Keadaan ruang tamu sebelum membuat dekorasi.

Keadaan ruang tamu selepas membuat dekorasi. Beliau menggunakan konsep biru putih.

Bahagian laluan masuk ke dalam rumah dan masih lagi pada ruang tamu.

Selepas membuat dekorasi, beliau jadikan ruang tersebut sebagai ruang makan dan terdapat hiasan bunga untuk menceriakan lagi ruang tamu tersebut.

Deco Rumah Flat Kos Rendah Si Pencinta Ikan Laga

Anda peminat ikan laga? Haa ini dia cara untuk susun ikan laga pada ruang tamu supaya tidak berserabut dan juga idea untuk anda deko ruang tamu rumah flat anda. Perkongsian ini dikongsikan oleh Azhar Nordin. Jom kita lihat!

deko ruang tamu rumah flat

Kawasan ruang tamu rumah sebelum beliau membuat susun atur dan dekorasi.

Keadaan ruang tamu rumah selepas beliau masukkan perabot dan membuat dekorasi pada ruang tersebut. Beliau menggabungkan ruang tamu dengan ruang makan.

Beliau menggunakan warna yang gelap pada ruang tamu dan sedikit tambahan warna cerah untuk memberi kesan yang ceria dan menarik. Beliau juga menyusun atur semua ikan laganya pada rak di ruang tamu.

Tambahan tumbuhan hijau dapat memberikan kesegaran pada ruang tamu tersebut.

Beliau menggunakan semua ruang yang ada untuk menyimpan ikan laga. Lebih jimat dan praktikal.

Ubah Suai Rumah Flat Hasil Air Tangan Suami & Isteri

Pasangan suami isteri bekerjasama mengubah suai dan deko ruang tamu rumah flat, nampak seperti rumah baru. Perkongsian ini dikongsikan oleh Nur Azirah.

Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum dan selepas hias. Mereka cat balik dinding dengan warna putih dan tukar tikar getah yang baru.

Mereka tidak menggunakan perabot yang banyak. Hal ini kerana ia akan menyempitkan ruang tamu anda. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil di mana laluan mereka akan menjadi terhad jika terlalu banyak perabot dan hiasan pada ruangan ini. Nampak tak sebenarnya susun atur yang baik boleh menjadikan ruang tamu kecil nampak luas.

Mereka menggunakan karpet bersaiz besar supaya ruang tersebut kelihatan lebih luas.

Ubahsuai Rumah Flat Yang Kosong Menjadi Kembali Cantik

Jom kita lihat deko ruang tamu rumah flat yang dikongsikan oleh Norkhairil Azizi pula.

Keadaan rumah sebelum beliau ubah suai menjadi ruang tamu yang sangat cantik.

Tadaa! Haa ini lah dia ruang tamu rumah flat yang sangat cantik dan nampak moden. Siapa kata rumah flat tak boleh deko cantik-cantik macam ni? Tentu la boleh, yang penting mengikut keselesaan dan citarasa anda.

Gandingan warna ruang tamu rumahnya kelihatan sungguh moden!

Transformasi Rumah Flat Lama Dengan Keluasan 470 Sqft Bertemakan 'Modern Contemporary'

Mari kita lihat pula rumah flat lama dengan keluasan 470 sqft yang di ubah suai oleh Winelo Design & Renovation.

Kawasan ruang tamu sebelum di ubah suai.

Lihatlah hasilnya! Tak nampak seperti rumah flat pun, sungguh mewah dan menawan. Skema warna untuk ruang tamu ini sungguh cantik dan elegant.

Beliau juga membuat shiplap wall pada kawasan televisyen dari atas siling sampai ke bawah dan membuatkan ruang tamu kelihatan besar dan luas.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco kali ini. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda menghias dan mengubah suai rumah flat anda supaya lebih selesa dan cantik untuk didiami.

Semoga bermanfaat!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
April 4, 2022
Dikemaskini pada
April 10, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down