5 Idea Deko Ruang Tamu Rumah Kampung

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tentu anda tertanya-tanya, boleh ke ruang tamu rumah kampung diubah suai dan dihias supaya nampak moden dan cantik? Tentulah boleh! Nak deko rumah tak semestinya rumah banglo atau apartment. Anda boleh deko sendiri ruang tamu rumah kampung menggunakan bajet yang rendah. Untuk memberikan nafas baru, anda boleh mengecat dinding dan lantai atau menggunakan hiasan ruang tamu yang cantik seperti wallpaper pada dinding.

Kami telah mengumpulkan beberapa idea dan inspirasi untuk anda deko ruang tamu rumah kampung. Jom kita lihat!

Ubahsuai Rumah Kampung Lama Jadikan Rumah Idaman

Jika anda ingin deko rumah kampung kepada warna gabungan gelap dan cerah, anda boleh lihat perkongsian daripada Nurul Yaznie ini di mana beliau telah mengubahsuai rumah kampung untuk dijadikan rumah idaman.

SEBELUM

ruang tamu rumah kampung sebelum

Keadaan ruang tamu sebelum diubah suai dan dihias.

SELEPAS

Keadaan ruang tamu selepas diubah suai. Beliau menggunakan warna yang cerah pada dinding iaitu warna putih dan warna gelap pada perabot.

Beliau menghias ruang tamu dengan bunga hiasan dan tumbuhan hijau untuk menaikkan lagi seri pada ruang tamu.

Deco Rumah Kampung Papan Mak Ayah Guna Cat Epoxy

Jika rumah kampung anda rumah papan, anda boleh cuba guna idea ini yang dikongsikan oleh Azura Halem.

SEBELUM

Keadaan rumah kampung papan sebelum dihias.

SELEPAS

Keadaan rumah kampung papan selepas dihias. Beliau menggunakan cat epoxy pada lantai dan menghamparkan dua permaidani untuk nampak lebih menarik.

Beliau juga menggunakan langsir yang tinggi untuk mencipta ilusi tinggi dan luas.

Renovasi Rumah Kampung Yang Bajet Kelihatan Cantik

Jom kita lihat renovasi rumah kampung bajet oleh NurAika Nasir.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu rumah kampung sebelum diubah suai.

SELEPAS

Keadaan ruang tamu rumah kampung selepas diubah suai. Bunga hiasan dan pokok skybird dapat menaikkan lagi seri pada ruang tamu rumah kampung.

Bahagian ruang selfie dan tempat untuk berdandan.

Dekorasi Rumah Papan Yang Terbiar Di Kampung

Jika anda sukakan tema warna biru putih, jom kita lihat idea dekorasi daripada Amiereo untuk rumah papan yang terbiar di kampung.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu rumah papa sebelum membuat dekorasi.

SELEPAS

Keadaan ruang tamu rumah kampung papan bertemakan warna biru putih. Gandingan warna ini nampak sangat menenangkan.

Tambahan elemen pada dinding, bunga hiasan dan tumbuhan hijau dapat menaikkan lagi kecerian pada ruang tamu.

DIY Rumah Pusaka Guna "Boho Kampung House"

Siapa sangka rumah kampung pusaka boleh diubah suai kepada konsep Boho? Jom kita lihat idea dekorasi daripada Norpadilah Binti Afandi, di mana beliau mengubahsuai rumah kampung kepada konsep "Boho Kampung House".

Warna cerah dapat mencipta ilusi luas pada ruang tamu tersebut.

Beliau meletakkan barang-barang antik pada ruang tamu untuk menjadikan ruang tersebut nampak lebih menarik.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengubahsuai dan menghias rumah ibu ayah anda di kampung. Sudah tentu ibu ayah anda suka dan selesa jika duduk di ruang tamu yang tersusun kemas, cantik dan menarik.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down