Berpindah rumah ini sememangnya merupakan sesuatu yang sukar dan memenatkan tambahan pula kalau berpindah ker sesuatu tempat yang lebih jauh. Bukan sahaja kena fikirkan pasal kos mengangkut barang dari rumah lama ker rumah baharu namun ada lagi yang lebih penting.
Salah satunya adalah apabila berpindah rumah ni kena ingat bahawa rumah baharu mungkin tak sama dengan rumah lama. Macam yang dihadapi oleh Naa O Man ini, rumah lama beliau dulu besar dan selesa namun rumah kuarters baru ini sempit.
Beliau sedikit kecewa tetapi tidak mahu itu dijadikan sebagai alasan, beliau nekad untuk cantikkan deko rumah kuarters beliau. Hasil yang dilakukan oleh beliau dan suaminya ini telah membuahkan hasil. Sebelum ini rumah kuarters nampak buruk kini telah pun nampak lebih cantik dan selesa.
Masa mula-mula dapat kuarters nih menung jap dengan ruangan sempit. Dulu kuarters kami kat KL agak luas dan sempurna dah tapi bila dah pindah ganu dapat kuarters macam nih bila tengok penat rasa.
Tapi tak pe kita ubah die slow2 menjadi home sweet home. Hasil keja keras laki bini maka terhasil la macam nih. Alhamdulillah sedap mata memandang kami. Btw kami tak tau ni tema ape. Kami hentam saja.
Sebelum & Selepas Dalaman Rumah Kuarters Selepas Transformasi
Kawasan Ruang Tamu
Bermula dengan kawasan ruang tamu terlebih dahulu. Boleh dikatakan bahawa ruang ini pada awalnya kelihatan kotor sangat-sangat dan berdebu.
Rupa ruang tamu selepas dekorasi kami sekeluarga dilakukan. Tengok idea daripada grup lain ikut juga buat macam ni.
Siling Rumah Lama Menjadi Baharu
Siling lama banyak crack dan juga cat dah tertanggal.
Nasib siling tak teruk sangat jadi boleh catkan kembali kepada warna baharu.
Bahagian Ruang Dapur ( Kabinet Dapur )
Dulu dah ada kabinet dapur ni tapi daif sangat tengok. Tak apa kali ni kasi kekal kabinet tu tapi upgrade kan dia lagi agar jadi wow.
Tadaaaa!!! Siap juga akhirnya kabinet dapur ini. Baru semangat nak memasak ada dapur sebegini.
Bahagian Dapur Memasak
Tadi kabinet dapur sahaja, kali ni baru beralih kepada dalaman keseluruhan dapur yang sebenar. Boleh tengokkan betapa lainnya gambar sebelum dan selepas deko rumah kuarters ini dilakukan.
Kredit : Naa O Man