Setiap rumah semestinya wajib ada satu ruang khas untuk melakukan aktiviti membasuh dan menjemur baju. Ruang yang dipanggil tersebut adalah ruang laundry. Dekorasi bahagian laundry room ini wajib nampak cantik dan kemas agar nak buat kerja pun rasa tenang jer.
Jika anda mempunyai sebuah bahagian laundry namun kelihatan sangat tidak terurus boleh cuba buat dekorasi bajet bahagian laundry macam yang dikongsikan oleh Mied Yahaya Mied ini. Min yakin dengan perkongsian yang dikongsikan oleh Mied Yahaya ni akan membuatkan dekorasi laundy room orang lain nampak cantik.
Jom kita tengok perkongsian daripada Mied Yahaya Mied mengenai dekorasi bajet bahagian laundry room ini.
DIY Deco Budget Laundry Room. Kredit to My Husband & My Bujang. Barang boleh dapat dari shoppee tau
Proses Melakukan Dekorasi Pada Bahagian Bilik Laundry Ini
Proses ini dimulakan dengan anak bujang saya ini melakukan kerje-lerja mengecat pada bahagian bilik laundry ini. Mula-mula undercoat dulu bahagian ini dengan lepastu baru cat balik warna yang diidamkan iaitu warna hijau.
Inilah dia rupa bahagian bilik laundry ini setelah selesai proses mengecat.
Beralih pula kepada si suami melakukan wiring dan juga meletakkan mesin basuh pada tempat yang diinginkan.
Pasang lampu bahagian ni agar nampak cerah.
Pemasangan bidai juga turut dilakukan agar bahagian ini tertutup dan nampak menyerlah.
Seterika juga jangan lupa pasang. Setiap bilik laundry wajib ada seterika untuk memudahkan proses menggosok baju.
Bakul untuk meletakkan baju yang kotor.Kita buat 2,3 bakul untuk tujuan pengasingan baju. Barulah tidak bercampur.
Hanging wall juga dipasang untuk menggantung baju yang basah atau lembap.
Hasil Akhir Dekorasi Yang Dilakukan Pada Bahagian Bilik Laundry
Alhamdulillah, setelah lama deko yang dilakukan ini. Akhirnya siap juga dekorasi bahagian bilik laundry yang dilakukan ini. Terima kasih kepada si suami dan juga anak bujang dalam menjayakan dekorasi ini. Semoga perkongsian ini dapt dijadikan sebagai inspirasi kepada anda semua.
Barang-Barang Yang Dibeli Di Shopee
Sumber : Mied Yahaya Mied