Dekorasi Bilik Tidur Estetik Bajet Yang Menarik Dan Mempersonakan

5,253 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik tidur merupakan salah satu ruang yang penting untuk anda berehat terutama sekali pada waktu malam. Oleh itu, bilik tidur yang selesa dan menenangkan sangat penting bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Jika tidak mempunyai modal yang banyak, korang boleh deko sikit-sikit. Seperti yang dinyatakan dalam peribahasa "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".

Sekarang ni kan ada eco shop, lagi mudah untuk korag deco bilik tidur yang korang idamkan. Ramai antara kita yang telah menghasilkan dekorasi bilik tidur yang menarik dengan hasil barang dekorasi dari eco shop.

Antaranya ialah shaamokhtar yang telah berjaya menghasilkan dekorasi bilik tidur estetik seakan bilik hotel mewah menggunakan barang dari kedai eco dan mr diy. Jom sama-sama kita saksikan dekorasi yang telah beliau kongsikan melalui laman media sosial tik tok.

Dekorasi Bilik Tidur Estetik Bajet Seakan Bilik Hotel Mewah

Sebelum start deko, kita bersihkan bilik dulu. Lepastu baru boleh cat dengan warna yang anda suka.

Barang dekorasi beli dekat eco shop dan mr diy je.

Untuk lantai, guna vinyl floor je. Simple kan. Pasang sendiri je, tak perlu susah-susah nak mintak tolong orang lain. Dekat shopee pun ada jual serendah RM1.70 : https://shope.ee/2Kt7vAHqrZ

Nak jadikan bilik tidur lebih mewah, beli wallpaper 3 dimensi macam ni. Senang je nak lekat dengan dinding. Nak lagi mudah beli dekat shopee je: https://shope.ee/3ASEuSpsdF

Hasil Akhir Selepas Lakukan Dekorasi

Tada! Ini lah hasil dekorasi bilik tidur menggunakan barang dari eco shop dan mr diy. Bilik tidur tampak lebih menarik dan sedap mata memandang.

bilik tidur
bilik tidur
bilik tidur

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi bilik tidur estetik bajet ala bilik hotel mewah yang mempersonakan. Semoga perkongsian ini dapat anda jadikan inspirasi untuk deko bilik tidur anda sendiri.

Kredit : @_shaamokhtar (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down