Dekorasi Menyerlah Rumah Kuarters Dengan Barang Bajet

7,047 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Waktu PKP ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk menghiasi rumah kuarters anda. Sebab kenapa? Kerana anda hanya berada dirumah sahaja tanpa berbuat apa-apa. Nak keluar juga tidak boleh. Jadi ambillah kesempatan ini untuk menghiasi rumah kesayangan anda.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda dekorasi dan juga keindahan dalaman sebuah rumah kuarters. Dekorasi rumah kuarters ini juga merupakan hasil Mix & Match daripada kebanyakkan perabot dan perhiasan rumah daripada beberapa kedai seperti Shopee, Lazada, Romantika, Mr Diy dan banyak lagi.

Dipetik daripada laman sesawang Facebook yang bernama Hns Frnh. Beliau berkongsikan beberapa gambar kediaman kuarters beliau dan juga beberapa senarai harga barang yang beliau telah belikan untuk dekorasikan kediaman beliau. Jom kita tengok perkongsian beliau.

Hasil Mix & Match Barang Eco, Shopee, Ikea Dan Sebagainya. Keindahan Rumah Kuarters Ini Sangat Menyerlah!

Rumah kuarters saja tapi walaupun bukan rumah sendiri, kena sentiasa sayang kediaman kita, tempat Tuhan turunkan rahmat juga perlindungan.
Kebanyakan perabot dan perhiasan dari Shopee, Lazada, Romantika, Mr Diy, Eco, Kaison & Ikea. Mix and match tak semestinya kena berhabis duit baru dapat rumah yang sedap mata memandang

SENARAI BARANG YANG DIBELI

1. Cabinet 4 Pintu ( Lazada RM219 )

LINK DISINI

2. Cabinet TV ( Lazada RM238 )

LINK DISINI

3. Meja Makan 6 Seater ( Lazada RM 1190 )

LINK DISINI

4. Sofa Grey ( Joy Design RM 2699 )

LINK DISINI

5. Lampu Meja Makan ( Shopee RM72 )

LINK DISINI

6. Lampu Spider ( Shopee RM40 )

LINK DISINI

7. Langsir Tropical ( Shopee RM 38 )

LINK DISINI

8. Cabinet 3 pintu, Swing Chair, Carpet Meja Makan

Boleh deal dengan mak kutu de vass - Ekin Baharom 

9. Coffee Table ( Ikea RM99 ) (model LACK colour Oak)

10. Sarung Cushions ( Kaison & Mr Diy RM10 - RM20 )

11. Sofa Kayu Grey : Mak bagi beli kedai perabot biasa 🤭

12. Frames ( Kaison RM13 - RM40 )
13. Garden Set Table + Chair ( Ikea RM180) (model Tarno)

14. Floor Decking Balkoni ( Ikea RM79/set, satu set ada 9 pieces) (Model Runnen)

15. Carpet Hampen Ikea Hijau & Grey : As is/ 2nd hand.

DEKORASI RUMAH KUARTERS HASIL MIX & MATCH

[foogallery id="8398"]

Lihatlah hasil gabungan daripada pelbagai jenama ini dan didekorasikan menjadi satu rumah kuarters yang sangat menyerlah. Cantik sangat dan sedap mata memandang kediaman rumah ini. Semoga ini dapat memberikan inspirasi buat anda semua.

Sumber : Hns Frnh

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down