Dekorasi Mewah Bahagian Dapur Bertemakan "Gold Black"

1,196 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi mewah bahagian dapur zaman sekarang ini sudah tidak asing lagi untuk dilakukan di kebanyakkan rumah. Bergantung kepada rumah, ada yang lakukan dekorasi bajet dan ada juga dekorasi yang mewah bergantung kepada bajet yang dikeluarkan.

Jika bajet terhad maka dekorasi bajet merupakan antara pilihan yang baik. Jika anda mempunyai bajet yang banyak, boleh lakukan dekorasi bahagian dapur yang mewah macam yang dilakukan oleh Dauz Zeze. Dengan warna yang bertemakan Gold Black serta dapur konsep mewah sememangnya sangat menarik untuk dilihat.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur Yang Cantik Bertemakan Warna " Gold Black "

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezekinya dapat saya siapkan dapur acah kayangan buat sang isteri. Dapur umpama jantung bagi sesebuah rumah dan merupakan ofis bagi sang isteri. Mengambil masa hampir 3 bulan untuk siapkan sepenuhnya dapur ni. asalnya nk siapkan sebelum 17 september sempena hadiah hari lahir isteri tetapi apakan daya kita hanya merancang.

Hampir 90% proses buat dapur ni dibuat sendiri. Table top, pasang jubin, plaster siling, kabinet,  plumbing & wiring semua dibuat sendiri. Dengan keadaan harga barang sekarang yang naik bekali2 ganda, cara yang paling mudah untuk cut cos adalah buat sendiri. Hanya upah org pasang sliding glass door, quartz stone & tukar pintu besi belakang. Ternyata buat dapur secara solo amat memenatkan.

Dekorasi Cantik Dan Mewah Bahagian Dapur Rumah Ini

Dapur ni main tema black gold. Kita try cuba kelainan sikit pilih warna hitam sebab kebanyakkan dapur warna putih.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Bila dapur warna hitam, lampu memainkan peranan penting untuk menerangi bibit-bibit penjuru dapur tersebut. Lampu led di pasang di bawah kabinet bagi menerangi kawasan sinki dan lampu dinding dipasang untuk menaikkan mood romantik.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Dinding belah kanan ni namanya shiplap. Plan asal sebenarnya nak cat shiplap ni warna hitam tapi nanti rasa akan gelap sangat pulak dapur sebab kabinet semua dah hitam.

Ni dari sudut dalam dapur. Dapur ni memanjang sebab asalnya kawasan ni adalah bahagian luar rumah dan telah disambung. So jadilah satu ruang dapur dimana itulah wet kitchen dan itulah dry kitchen.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Pintu bifold tu adalah pintu bilik air. Beli di shopee dan pasang sendiri. Pemasangannya mudah cuma kita kena bagi ukuran rangka pintu yang tepat pada seller.

Ditambah pula dengan shiplap kaler putih dan dihiasi lampu dinding ala vintage membuatkan saya rasa jatuh cinta.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Bila dapur tema gold hitam, faucet pun kita cari cari kaler gold. Alah aksesori motor boleh pakai gold takkan dapur isteri tak boleh pakai aksesori gold.

Kegunaan potfiller ni sebenarnya utk memudahkan isi air dalam periuk tanpa perlu angkat periuk tersebut ke sinki.

Antara kitchen hood dengan kabinet tu ada ruang dalam 150mm. Untuk tidak membazir ruang saya memanfaatkan ruang tersebut dengan membuat pull out drawer untuk mengisi kicap, sos dan sebagainya.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Drawer pull out belah kiri ni adalah untuk letak spice. Dan drawer belah kanan buat untuk gantung kuali. Selain nampak tersusun ianya memudahkan untuk diambil sebab terletak dekat dengan stove.

Dekorasi Mewah Bahagian Dapur
Dekorasi Mewah Bahagian Dapur

Sumber : Dauz Zeze

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down