Konsep english modern memang sudah tidak asing lagi bagi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Memang ramai yang terpikat dengan idea dekorasi ini. Konsep ini dapat digunakan pada mana-mana sudut atau ruang di dalam rumah.
Namun begitu, bukan semua orang boleh menerima konsep ini. Ada sebahagiannya menyukai konsep rumah muji, bohemian, farmhouse dan lain-lain. Ianya bergantung kepada citarasa serta bajet masing-masing.
Tapi jika korang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar untuk melakukan dekorasi bagi sebuah rumah. Korang boleh mula dengan ruang yang penting dahulu sebagai contoh ruang tamu dan dapur. Deko sikit-sikit dahulu pun tak apa yang penting kena rajin.
Jom ikuti perkongsian dari Siti Fayrus tentang dekorasi ruang tamu yang telah dilakukan.
Keadaan Ruang Tamu Sebelum Dekorasi Dilakukan
Keadaan ruang tamu sebelum dah cantik sebenarnya. Tapi disebabkan fall in love sangat dengan ruang tamu berkonsepkan english modern, sis ni terus deko rumah beliau menggunakan konsep tersebut.
Kalau anda lihat di sini, warna dinding ruang tamu tidak berubah. Yang diubah hanyalah perabot dan barang dekorasi lain yang bersesuaian dengan konsep english modern.
Hasil Akhir Selepas Siap Dekorasi
Tada! Inilah hasilnya selepas siap dekorasi. Memang jauh betul beza dengan gambar yang sebelum kan. Konsep ini menjadikan ruang tamu tampak lebih luas, ceria dan mewah.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi rumah berkonsepkan english modern. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anda.
Sumber : @sitifayrusss (Tik Tok)