Ada sesiapa tak sini yang merupakan bujang namun sudah pun memiliki rumah? Kalau ada mesti best kan sebab kita boleh melakukan dekorasi rumah tersebut mengikut citarasa kita sendiri.
Sebuah dekorasi rumah bujang yang dikongsikan oleh pemilik facebook bernama Muhammad Syahmi ini telah mendapat perhatian ramai. Sebab apa? Ini kerana dekorasi rumah bujang dilakukan oleh belua sendiri tersangatlah simple, kemas dan menarik untuk dipandang.
Jom kita tengok permulaan daripada awal sampai akhir dekorasi rumah ini dilakukan oleh beliau.
Saje aku nak share hasil deco rumah bujang. Saiznye tak besar pun rumah ni, 605sqft. Alhamdulillah syukur, tak plan pun nak beli rumah tapi orang cakap rezeki kan. Sapu je, lagi pun bulan2 tak sakit.
Aku dpt rumah ni, owner lama refurbished balik totally kosong. Boleh la tengok video aku share dalam posting ni. Aku sign untuk beli bulan 6@7/2020 macam tu. Proses agak slow, sebab PKP ape smua, aku dapat kunci bulan 1/2021. Sepanjang masa sebelum dapat kunci tu, aku dah plan macam2 untuk letak dalam rumah. Macam mana aku nak, kedudukan, warna, barang2 dll. Tangan gatal je and mostly barang2 dalam rumah aku ni, aku beli kt shoppe je.
So aku buat la slow2. Upah orang buat tile, table top, wiring. Tu belum cerita kena ‘kencing’ dengan kontraktor ‘orang kita’ lagi. Baik upah orang luar lagi baik. Cat rumah, aku cat sendiri, wainscotting aku buat sendiri sebab senang ikut selera sendiri tapi takde la sekemas orang pro. Cukup la sedap2 mata memandang.
Aku buat slow2. Tiap petang lepas kerja aku datang rumah ni, buat sikit2. Ni pon belum siap sepenuhnya tengah saving duit untuk kahwin. Lepas tu nanti, boleh la perah otak dengan si dia pulak hias2 rumah kecil ini.
Dekorasi Rumah Bujang 605 Sqft Yang Cantik Dikongsikan Ini
View dari luar rumah before
View dari luar rumah after cuma ruang dinding belakang tv tu masih kosong. Tak ape, tu nanti settle.
View dapur before.
View dapur after.
View aku plan nk buat ruang tamu kt sini.
Ruang tamu After. Bahagian atas tv tu biarkan dulu.
Ambik angle lain sikit.
Bahagian ruang makan. Cukup la untuk aku yang bujang ni.
View dari dapur.
Time ni dah start pasang tile, kalau tak masih simen ni. Bilik kecik tengah. Plan nak buat work station aku.
Inilah dia work station terbaharuku ini.
Kredit : Muhammad Syahmi