Siapa disini yang merupakan suami isteri dalam hubungan percintaan jarak jauh (PJJ)? Suami isteri dalam hubungan PJJ ini merupakan cabaran untuk mereka untuk menempuhi kehidupan berasingan walaupun selepas menikah. Kalau dah duduk sekali sememangnya isteri akan memasuki rumah suami.
Bagi @nysamelor yang pertama kali memasuki rumah suami sangat terkejut melihat dekorasi rumah suami yang asal. Jadi, tak pening kepala dan serabut melihat keadaan rumah yang tidak terurus. Beliau berkongsikan hasil sebelum dan selepas deko rumah suami yang dilakukan oleh isteri tersayang selepas hubungan PJJ ini.
Jom kita melihat hasil akhir dekorasi rumah suami ini yang dilakukan oleh @nysamelor.
Sebelum Dan Selepas wujud Bini selepas PJJ 😅 First masuk rumah kemas sesorang laki duty , gigih jiwa nak mendeko😍
Dalaman Rumah Si Suami Sebelum Dekorasi
Beginilah keadaan rumah si suami semasa beliau dan suami dalam hubungan PJJ.
Ruang tamu pun ada tak ada jer. TV tak ada nak tengok dinding ehh?
Hasil Selepas Si Isteri Berpindah Masuk Ke Rumah
Haaaaa, ni dia hasil dekorasi rumah si suami selepas si isteri berpindah masuk kerumah. Habis segala ruang telah dirombak dan diubahsuai kepada dekorasi rumah yang lebih cantik dan menarik.
Ruang makan untuk pasangan yang kecil. Ada rezeki bertambah ahli keluarga akan jadi lebih besar meja ni.
Tersusun terus nampak bekas rak rempah ratus ni.
Video Penuh Tiktok Hasil Dekorasi Rumah Suami Ini
Sumber : @nysamelor