Bestkan kalau dapat sebuah almari pakaian yang besar untuk memuatkan segala barangan didalam almari tersebut. Ditambah pula kalau almari tersebut dilengkapi dengan sliding door memang komfirm nampak lebih cantik dan gempak.
Begitulah yang dilakukan oleh Shahrul Ridzuan berkongsikan proses melakukan sebuah DIY almari pakaian yang besar dan siap dilengkapi dengan sliding door. DIY almari yang dilakukan ini memakan modal hampir RM3K namun hasilnya memang terbaik dan diluar dari jangkaan.
Menurut beliau lagi hasil diy tersebut bukanlah sekejap dilakukan namun hampir 2 bulan baru siap. Lambat siap lagi baik berbanding tidak siap teruskan? Jom kita melihat hasil diy almari pakaian yang dilakukan oleh beliau ini.
Ni bukan tukang hari ni. Ni tukang dalam masa 2 bulan. Perlahan lahan kayuh. Daripada pasang impian/angan2 sampai lah jadi nampak hasilnya. sliding+swing wardrobe 10ft x 8ft.
Total kos kerugian lebih kurang bawah rm3000. Totally barang order dari shopee + lazada daripada sekecil2 skru sampai lah sebesar2 plywood. Kalau pergi beli barang direct kedai lagi murah
Projek DIY Almari Pakaian Daripada Awal Sampai Akhir
Buat plan dulu baru boleh order kayu dari shopee. Saiz besar2 minta potong terus. Saiz kecik2 boleh potong kat rumah.
Barangan yang di order shopee dan lazada dah sampai.
Total cost Shopee + Lazada + Postage
JUMLAH RM2880
Proses dimulakan dengan memotong part by part kayu plywood untuk membuat rangka almari ini.
Buat 2 rangka terlebih dahulu sebelum beralih kepada proses meletakkan kabinet didalam almari tersebut.
Si tukang cilik datang untuk membantu.
Sedikit demi sedikit proses ni dilakukan. Dah siap rangka dan pasang belakang almari, kini beralih pula kepada proses pemasangan partition.
Malam pun masih lagi membuat diy almari ni. Masa ni dah gamkan bahagian atas dan clamp nak bagi lebih lekat dengan kuat.
Inilah dia rupa bentuk dalaman almari pakaian ini. Dah siap lagi ada ruang khas setiap bahagian almari tersebut.
Kita testing dahulu letak baju apa semua supaya kukuh.
Sliding door jangan lupa. Itu perkara utama dalam melakukan diy almari pakaian ini.
Alhamdulillah. Setelah hampir 2 bulan ditambah dengan kerja apabila membuat proses almari pakaian ini. Akhirnya siap juga. Sebuah almari pakaian yang dilengkapi dengan sliding door. Impian daripada dulu lagi kini sudah pun tercapai.
Sumber : Shahrul Ridzuan