DIY Baby Safety Gate Dirumah Bermodalkan RM30 | Giler Deco

DIY Baby Safety Gate Dirumah Bermodalkan RM30

diy baby safety gate

Kepada pasangan yang mempunyai bayi atau kanak-kanak yang masih lagi kecil mesti memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mereka. Kalau mereka jenis aktif dan tidak duduk diam mesti risau untuk ibubapa biarkan mereka bermain sorang-sorang.

Sesetengah ibubapa yang sibuk akan membiarkan anak-anak mereka bermain disuatu tempat khas. Namun, keselamatan harus diutamakan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, Shuhaimi Zulkefli ini yang membuat baby safety gate secara DIY untuk keselamatan anak mereka.

Beliau menyatakan risau takut anaknya jatuh tangga, beliau DIY sendiri baby safety gate tersebut. Pagar tersebut tidaklah memakan kos yang mahal iaitu hanya RM30 sahaja dan hanya 4 bahan sahaja diperlukan. Cara untuk membuat pun senang dan simple. Jom kita tengok hasil DIY beliau ini.

DIY Baby Safety Gate Dirumah Bermodalkan RM30.

Baby Safety Gate DIY untuk rumah baru. Saya pakai kayu pallet, besi L Shape (MR. DIY) , curtain hook (IKEA) dan roda (kedai RM2). KUKUH bak hang..!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  1. Kayu Pallet – LINK DISINI
  2. Besi L Shape – LINK DISINI
  3. Curtain Hook Vidga – LINK DISINI
  4. Roda Serbaguna – LINK DISINI

CARA UNTUK DIY BABY SAFETY GATE

1. Gunakan kayu pallet untuk membuat satu bentuk segi empat tepat untuk dijadikan pagar. Lekatkan kayu tersebut menggunakan besi berbentuk L dan juga gam.

2. Drill kan curtain hook ikea tersebut pada dinding dan lekatkan roda pada hook tersebut macam gambar dibawah.

3. Lekatkan roda serbaguna pada bahagian bawah dan tepi pagar tersebut untuk dijadikan ia mudah ditolak dan ditarik.

diy baby safety gate

4. Pastikan juga anda drill beberapa lubang pada pagar tersebut dan letakkan penghalang untuk menghalang daripada pagar tersebut terbukak dengan sendiri.

diy baby safety gate

5. Tadaaaa!!!!! Dah siappp pun DIY pagar kita ini. Hehehe. Mudah dan simple sahaja untuk membuatnya. Anda boleh warnakan dengan warna kegemaran anda dan juga kreativiti anda.

diy baby safety gate

diy baby safety gate

diy baby safety gate

Lepasni, nak tinggal anak-anak main sorang pun tidak perlu risau akan jatuh tangga atau apa-apa dah. Biar mereka main ditempat khas mereka. Namun, ibubapa juga kena selalu pantau agar tidak terleka. Semoga ini memberi inspirasi kepada anda semua.

Sumber : Nur Esyima

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Wanita Menggunakan 90% Kudratnya Sendiri Makeover Sendiri Ruang Makan Mewah

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram