"Peliklaaaa. Segala paip air dah pun tutup. Nak kata mandi lama sangat macam tak logik tetapi tiba-tiba bil air semakin lama semakin naik. Macam ada yang tak kena jer"
Mungkin kita rasa pelikkan tetapi ada satu salah punca yang menyebabkan bil air anda semua naik. Cuba cek air tandas samaada mengalir atau tidak. Jika ia sentiasa mengalir selepas flush tu maknanya anda yang tak kena dengan valve dan juga pemijak untuk tandas tersebut.
Pengguna tiktok bernama @xovovic ini berkongsikan cara untuk anda selesaikan masalah tandas air mengalir ini. Jom kita tengok cara penyelesaiannya yang dilakukan oleh beliau ini.
Bil air sentiasa naik walaupun dah tutup semua paip air dirumah? Cuba check kat tandas sebab risau ada lagi air yang masih lagi mengalir
Bil Air Naik Punca Daripada Air Tandas Mengalir Tanpa Henti
Air yang sentiasa mengalir selepas flush ni mungkin punca bil air anda naik.
First sekali, buka dahulu penutup tandas.
Lepas tu check samaada tandas dirumah menggunakan valve apa. Ada yang menggunakan flush valve dan juga siphon valve.
Setiap valve tu ada silikon. Cucikan silikon valve tadi untuk memastikan apa jua benda yang menghalang silikon tersebut dari tertutup dengan rapat.
Selain masalah silikon, ada masalah kaki pada suis tekan tandas ni.
Apabila ada sesuatu yang menekan suis tersebut aia akan sentiasa keluar. Jadi, pastikan anda bersih segala kotoran atau keladak air yang membuatkan suis tu sentiasa tertekan.
Selepas selesaikan 2 punca tersebut, insyaAllah air tandas mengalir tanpa henti tu akan berhenti. Maka, bil air lepas ni takkan naik dah.
Video Tiktok Tandas Air Mengalir Oleh Xovovic
Kredit : @xovovic