Projek DIY Dinding Woodstrip Di Ruang Tamu

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Woodstrip sebenarnya sudah lama orang buat dekat Malaysia ni, tapi tak semua orang boleh DIY sendiri dan cara pemasangannya pun tidak susah. Boleh sahaja DIY sendiri.

Seperti seorang pengguna Tiktok Vmir ada berkongsi bagaimana beliau DIY dinding woodstrip di ruang tamu rumahnya.

Projek DIY Dinding Woodstrip Di Ruang Tamu Supaya Nampak Lebih Moden

DIY Dinding Woodstrip

Barang-barang yang diperlukan adalah:

1. Woodstrip/Shiplap Panel

2. Edge Cover:

3. LED Strip (Warm White)

4. X-Bond Adhesive Sealant (Gam lekatkan woodstrip)

5. Gap Filler Silicone Sealant (Untuk tutup gap antara woodstrip dan dinding)

6. Silicone Sealant Gun

7. Wood Filler (Untuk tutup gap antara sambungan woodstrip)

8. Masking Tape

DIY Dinding Woodstrip

Mula-mula potong dulu panel tu ikut ketinggian dinding rumah anda. Tapi seeloknya sebelum beli tanya dahulu penjual berapa yang perlu dibeli.

Kebiasaannya untuk ukuran standard tinggi dinding rumah di Malaysia sahaja. Kecuali kalau rumah yang syiling tinggi. Boleh mintak pandangan daripada penjual.

DIY Dinding Woodstrip
DIY Dinding Woodstrip

Dikatakan nak pasang woodstrip ni lagi senang daripada nak pasang wainscoting. Jadi kalau anda ada pengalaman pasang wainscoting, adalah satu kelebihan untuk anda.

DIY Dinding Woodstrip

Boleh guna x-bond adhesive sealant untuk lekatkan panel. Selepas itu guna wood filler untuk tutup gap anatara kayu. Bila gam dah kering, guna sandpaper untuk ratakan permukaan panel.

Seterusnya guna gap filler silicone sealant sebagai edge cover sebelum lekatkan LED strip. Ini optional. Kalau nak bagi naik boleh letak, kalau tak nak boleh juga. Ikut citarasa masing-masing.

DIY Dinding Woodstrip
DIY Dinding Woodstrip
DIY Dinding Woodstrip

Macam ni lah hasilnya selepas dah siap semua. Kayu panel asalnya warna soft brown tapi nak bagi lagi cantik Vmir tukarkan kepada warna Jotun Blackened Black.

Oleh itu, kita tamatkan perkongsian kita sampai disini sahaja. Semoga anda semua terinspirasi dan cuba untuk membuatnya.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down