DIY Farmhouse Decorative Tier Tray Guna Pinggan Melamine

2,567 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua orang diberi kelebihan dalam melakukan kerja pertukangan dan DIY. Jadi, sekiranya anda mempunyai kelebihan sebegitu, tidak salahnya ia dimanfaatkan sebaik mungkin dengan lakukan projek diy sendiri bagi menghasilkkan satu kraf yang kreatif dan menarik.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Norpadilah Binti Afandi. Beliau menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya itu bagi menghasilkan diy farmhouse decorative tier tray hanya guna pinggan melamine sahaja.

Jom ikuti perkongsian diy yang sangat kreatif ini.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray Guna Pinggan Melamine

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Memenuhi permintaan kawan-kawan yang pm kita nak diy tier tray farmhouse ini dalam versi bajet. Baik.

Tapi bahan yang ada dalam simpanan kita ngam untuk dua tingkat sahaja ya.

Bahan yang digunakan :

  1. Pinggan melamine kedai Eco shop.
  2. Kayu spindal terpakai (Dari almari lama, ini kalau tak ada boleh sahaja ganti dengan apa-apa kayu yang sesuai atau cawan-cawan hadiah kenduri yang tinggi dan cantik tu eh).
  3. Pemutar skru cordless.
  4. Gam hot glue gun.
  5. Spray paint atau cat ikut pilihan warna masing-masing.

Ini adalah peralatan yang digunakan bagi menghasilkan projek diy ini.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Pasang mata penebuk lubang ini pada cordless.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Lepas tebuk lubang pada dua-dua pinggan, skru pinggan dengan kayu jadikan dua tingkat.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Gamkan kayu hiasan atas pinggan.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Okay siap sedikit.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Spray atau cat ikut selera masing-masing.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Untuk nampak sedikit rustic, kita conteng sahaja tepi pinggan dan batang kayu dengan pen marker sharpie.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Okay siap.

DIY Farmhouse Decorative Tier Tray

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan projek diy seperti yang dilakukan ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down