Hiasan cermin pada dinding utama atau dikenali sebagai grand mirror sudah tidak begitu asing lagi pada masa kini. Dengan menerapkan konsep ini pada dinding, ia akan menjadikan kawasan dinding tersebut tampak begitu cantik dan mewah.
Penghasilan dekorasi dinding dengan cara DIY sangat menjimatkan modal, jika mengupah orang, kos yang perlu dikeluarkan sudah pasti berbeza dan agak mahal. Apa yang penting, sekiranya mahu lakukan sendiri, ia memerlukan banyak kesabaran dalam menyiapkan projek ini.
Jom sama-sama kita saksikan DIY yang dilakukan oleh wanita ini pada dinding rumahnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. First time post dekat sini. Sangat excited nak share hasil usaha gigih kami suami isteri diy grand mirror.
Sebabkan bajet pun biasa-biasa, jadi kita diy je sndiri. Bila tengok hasilnya rasa sangat-sangat berbaloi dan terus hilang sakit-sakit pinggang apa semua.
Alhamdulillah. Semoga dapat memberi inspirasi buat korang yang tengah cari idea nak deko.
Ini adalah keadaan dinding semasa proses diy sedang dilakukan.
Kayu tersebut beliau beli dekat Kedai hardware. Sebatang rm4.50 (10kaki). Cermin beli dekat Mr.diy RM10.50 sekeping (size 1x1.5 kaki).
Gam beli dekat Mr.DIY. Cermin itu pula beliau tampal gabung letak gam dan double tape jernih yang tengah viral pada ketika ni.
Proses pemasangan selesai dilakukan pada bahagian dinding.
Cermin sudah mula ditampal.
Proses penampalan cermin telah selesai dilakukan. Hanya tunggu untuk cat sahaja.
Cermin haruslah ditutup dengan rapi sebelum dicat.
Proses mengecat mula dijalankan dengan menggunakan cat undercoat.
Proses mengecat selesai dilakukan.
Cat yang digunakan adalah Nippon kod genteel.
Akhirnya siap 100%.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk ubahsuai rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.
Kredit : Haryati Kamal