DIY "Grand Mirror" Dengan Bajet Bawah RM150

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sangka perhiasan dinding yang berbajetkan bawah RM 150 boleh kelihatan seperti menggunakan barang-barang mewah. Lebih menarik lagi, perhiasan dinding yang dikenali sebagai grand mirror ini boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Untuk posting kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dan hasil kerja seorang jejaka bernama Shamsul Dekcik yang menghasilkan grand mirror secara DIY di rumah beliau.

Barang-barang yang digunakan :

 

  • Kayu 1 1/2 inchi (RM 0.30 x 80 kaki) - RM 24 
  • Gam kayu (RM 10 x 2 botol) - RM 20
  • Cermin (RM 5.30 x 16 keping) - RM 84.80

 

Kayu beli di kedai hardware shj dgn harga rm0.30 sekaki..total 80kaki..makanya kos kayu rm24 shj... guna kertas pasir utk licinkan sikit permukaan kayu.

 

DIY grand mirror dengan bajet bawah RM 150

  1. Kayu beli di kedai hardware sahaja dengan harga RM 0.30 sekaki. Total 80 kaki. Makanya, kos kayu RM 24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan permukaan kayu.

  1. 1 kotak bersize 2x2 kaki. Setelah gam kering, boleh di cat mengikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di shopee.Gam yang digunakan hanya 2 botol sahaja untuk gam kayu dan cermin.

  1. Cermin saya beli di kedai DIY dengan harga RM5.30/keping. Bingkainya bewarna hitam, tetapi saya cat bagi warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dengan harga RM15/keping atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.
  2. Ini adalah hasil setelah siap grand mirror. Seterusnya pula hanya menanti dining table sampai.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down