Cara Lakukan DIY Grand Mirror Guna Cermin Kedai Eco

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Grand mirror merupakan hiasan dinding yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, kita lihat grand mirror di kediaman berjenis mewah sahaja. Namun, siapa sangka grand mirror secara DIY sebenarnya boleh dihasilkan sendiri sahaja di rumah. Hasil juga sama cantik seperti upah interior designer.

Dengan kos modal bawah RM 800 sahaja, wanita ini kongsi hasil tangan grand mirror beliau secara DIY di rumah. Jom kita ikuti idea dan hasil tangan yang menarik daripada Rena Nur Henny.

Cara Mudah DIY Grand Mirror

diy grand mirror

Ni lah orang kata nak jimat kenalah guna tenaga sendiri, tapi berbaloilah dengan usaha suami isteri, ruang tamu tak besar, maklumlah rumah mampu milik sahaja, tapi suka dengan wainscoting, shiplap, accent wall & grand mirror, jadi ambil la konon semua element ciput-ciput, maka terhasil lah!

Deco ini tidaklah sekemas kita upah tukang buat, tapi boleh la sedap mata sendiri, modal pun tak sampai RM800 untuk semua! Cat kita pakai cat dinding lama sahaja yang ada balance untuk jimat, dan light grey itu mix grey asal tambah putih.

Barang-barang yang digunakan : 

  • Wainscoting = RM 300 (untuk dinding 35 kaki) [insert Shopee link]
  • Shiplap TV cabinet = RM 159 [insert Shopee link]
  • Accent wall = RM 64 [insert Shopee link]
  • Grand mirror = RM 38.90 (guna cermin kedai eco) [insert Shopee link]
  • Cat 5 liter putih= RM 100 [insert Shopee link]
  • Gam = RM 56 [insert Shopee link]

Proses DIY grand mirror : 

Proses mengukur panel wainscoting untuk bingkai.

Proses menampal panel wainscoting

Membuat bingkai untuk meletak cermin.

Hasil setelah cermin dilekatkan. Memang sangat cantik dan kemas hasil tangan beliau. Kalau anda berminat untuk hasilkan grand mirror sendiri di rumah, bolehlah ikuti idea dan perkongsian ini.  Jika anda sukakan artikel ini, jangan lupa kongsikan. Semoga perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat.

Sumber idea dan foto : Rena Nur Henny

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down