Teringin jer nak ada rak kayu simple dimana ianya boleh dilakukan secara diy sahaja tanpa nak beli yang dah siap dengan harga yang mahal. Sememangnya ada, iaitu sebuah DIY Kabinet Kayu seakan-akan floating shelf yang cantik.
DIY yang dimaksudkan adalah sebuah DIY kabinet kayu minimalis yang dikongsikan oleh Suhada Ghads. Yang lebih menarik konsep rak kayu tersebut menerapkan konsep industrial pipe shelving. Dimana ianya merangkumi hanya paip dan juga kayu pine sahaja.
Nak tengok bagaimana DIY ini dilakukan oleh suami kepada Suhada Ghads ini? Pasti anda semua akan terkejut melihat hasil diy ini.
Assalamualaikum Selamat Pagi
Nak share hasil DIY suami buat rak dengan konsep Industrial Pipe Shelving. Tercapai cita-cita isteri nak rak style macam ni. Memandang kayu ada baki 1 keping lagi, next project kite target buat 1 para dapur.
In sya Allah. Alhamdulillah
Bilik Kosong Dihiasi Dengan DIY Kabinet Kayu Minimalis Yang Cantik
Inilah dia kayu pine yang telah dipotong dan di trim dengan cantik.
Untuk diletakkan pada bahagian kabinet, semua kayu dipotongkan semula mengikut saiz yang sepatutnya.
Dah siap potong sapukan syelek kayu pada kayu tersebut untuk menimbulkan lagi warna dan tekstur kayu.
Permukaan kayu selepas disapu syelek.
Seterusnya, pasangkan rangka kabinet tersebut. Rangka ni guna paip besi jenis GI Pipe bersaiz 3 setengah inci. Tujuan guna paip besi adalah nak letak beban kain yang berat.
Dah settle pasang kabinet sebelah, masa untuk pasang yang jenis memanjang.
Rangka dah ada tu untuk dipasang pada dinding.
Settle pasang rangka dan juga letak kayu padanya.
Hasil Akhir Sebuah DIY Kabinet Kayu Yang Dilakukan
Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir yang dilakukan oleh suami sebuah rak kabinet kayu dalam rumah ni. Terima kasih si suami kerana menunaikan permintaan cita-cita isteri nak ada rak style macam ni.
Kredit : Suhada Ghads