DIY Kerusi Rotan Lama Kepada "Gaya Premium" Hanya Guna Spray

3,122 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda mesti pernah lihat dan merasai kerusi ini kan? Mana taknya, kerusi ini memanglah kerusi yang paling terkenal kalau anda pergi ke rumah datuk dan nenek atau rumah-rumah lama dikampung. Malahan, masih ada juga yang menggunakan kerusi ini walaupun rumah-rumah baru sekarang. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy kerusi rotan lama kepada "gaya premium" hanya guna spray.

Walaupun lama, amatlah sayang untuk dibuang walaupun catnya sudah lusuh kerana kerusi ini  menyimpan banyak kenangan terutama waktu kecil-kecil dahulu. Sofa baru pun boleh kalah jika di makeover balik kerusi lama ini akan jadi lebih menarik. Jom ikuti perkongsian diy seorang warga facebook ini iaitu Neesa Aneesa dalam makeover perabot legend ini.

DIY Kerusi Rotan Lama Guna Gaya Moden :

Konsep vogue klasik untuk rumah kampung yang tidak berpenghuni. Tidaklah banyak benda sangat, takut jadi lauk anai-anai. sebelum, semasa dan selepas. Order tikar mengkuang tapi belum sampai lagi, Jadi guna carpet yang ada dulu. Beli kerusi kat facebook marketplace rm200 susah nak jumpa tapi alhamdulillah rezeki sebab orang tu nak pindah rumah. Ilmu nak cantikkan kerusi dan buat frame itu dapat dari facebook. Terima kasih buat insan yang berkongsi ilmu.

Sebelum

Selepas

Spray samurai warna gold di kedai hardware. Guna 6 botol. Rm12 sebotol. Saya spray terus.

Sangat Menarik. Terus kelihatan premium kerusi lama ini.

Hanya guna spray sahaja. Biasanya kena gosok dengan kertas pasir, tetapi cara wanita ini tidak. Terus spray sahaja. Terus dapat hasil yang macam ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down