Meja kopi merupakan meja rendah yang direka untuk menyokong minuman, barang-barang kecil serta hiasan seperti pasu bunga. Meja ini biasanya diletekkan di ruang tamu. Namun begitu, ada juga antara kita yang meletakkan di bahagian luar rumah.
Dulu kita biasa lihat meja kopi yang mempunyai tempat penyimpanan akhbar pada bahagian bawah meja. Minum kopi sambil membaca akhbar adalah perkara yang sangat berkait rapat.
Sekarang ni nak dapatkan meja kopi sangatlah mudah. Korang boleh beli di mana-mana kedai perabot atau platform online seperti Shopee. Tapi kalau korang nak jimat, DIY sendiri je.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian dari joeaffendiey mengenai DIY meja kopi yang telah dilakukannya.
Ini merupakan bahan-bahan yang korang boleh gunakan untuk DIY coffee table. Semua barang ni orang boleh dapatkan di Mr DIY. Nak order dalam Shopee pun boleh. Ikut mana yang memudahkan korang.
Firstly, ikat rak besi dengan cable tight. Kemudian spray dengan warna gold. Pilih warna ni sebab nak seragamkan dengan warna cermin. Baru la cantik.
Dah siap spray, letakkan cermin di atas rak besi and done! Sekejap je siap. Daripada korang beli coffee table mahal-mahal, baik korang DIY sendiri je.
Simple je kan. Tambah pasu bunga auto nampak cantik.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek DIY coffee table yang sangat mudah bermodalkan RM60 sahaja. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menghasilkan coffee table sendiri.
Kredit: @JOE (Tik Tok)