Banyak perabot yang lama-lama dirumah namun ingin dekorasi rumah agar nampak baru? Apa kata DIY jer, tak perlu membazir duit banyak-banyak beli perabot ataupun aksesori tambahan. Perabot yang sedia ada dirumah boleh diperbaharui agar diberi nafas baru.
Seorang netizen bernama Intan Nasirah telah berkongsikan cara untuk DIY meja lama kepada meja marbel yang kelihatan mewah. Perkongsian itu dikongsikan dilamn sesawang Facebook. Meja tersebut kelihatan masih kukuh dan diberikan nafas yang baru.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda bahan-bahan yang diperlukan dan juga bagaimana cara untuk DIY meja lama kepada meja marbel yang nampak mahal. Jom kita tengok perkongsian tersebut.
Salam, saja nak share saya buat DIY meja makan. Asal meja nie owner lama punya sebab masih kukuh dan elok rasa sayang plak nak buang. Jadi saya transform bagi nampak baru.
1) PVC Tablecloth
Untuk membeli PVC Tablecloth, Anda Boleh Klik Disini
2) Marble Wallpaper Furniture
Untuk membeli wallpaper marble ini, Anda Boleh Klik Disini
1) Pastikan bersih dahulu meja lama tersebut untuk letakkan wallpaper
2) Seterusnya, proses mengecat kaki meja dengan menggunakan sisa daripada cat dinding
3) Setelah selesai mengecat kaki meja tersebut, balutkan meja dengan wallpaper marble yang waterproof.
4) Akhir sekali, lapikkan dengan PVC tablecloth
HASILNYA
Macam mana dengan perkongsian daripada Intan Nasirah ini? Memang bernas dan bagus. Perabot lama yang sedia ada diberikan nafas baru dan kelihatan cantik semula. Yang penting jimat duit daripada beli yang baru.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk hari ini. Semoga artikel ini dapat memberikan anda inspirasi untuk DIY meja ini dirumah. Semoga berjaya untuk semua.
Sumber : Intan Nasirah