Pernah ada impian tak untuk memiliki sebuah meja makan yang boleh bergerak kesan kesini didalam rumah? Tambahan lagi, meja tersebut boleh dilipat pula. Mesti ramai yang menginginkan sebuah meja makan sebegini kan? Apa kata diy sahaja meja makan tersebut untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Perkongsian daripada pengguna facebook iaitu Fida Hishamudin menunjukkan beberapa langkah dalam melakukan sebuah diy meja makan yang jenis boleh dilipat. Hasilnya juga tidak kurang hebatnya. Meja boleh lipat dilengkapi dengan drawer untuk meletakkan makanan dibawahnya.
Saya nak share hasil D.I.Y saya buat meja makan lipat. Asalnya rumah dah ada meja makan 6 kerusi tapi disebabkan pindah rumah, rumah pulak tak berapa nak Luas. Jadi saya terpaksa jual meja makan.
Jadi untuk gantikan balik meja makan tu, terhasillah DIY meja makan lipat ni. Dapat idea sebab ruangan rumah tak luas, jadi senang kalau dah lepas makan, terus lipat kiri kanan. Saya sertakan sekali DIY ala² stool dari idea saya sendiri
Langkah Untuk Melakukan Sebuah DIY Meja Makan Dengan Betul
Ini adalah rangka stool yang dah siap di cantumkan guna pvc connector.
Drill kan kayu pada atas stool tersebut.
Stool yang telah siap didrillkan kayu pada atas, bawah, Kiri, kanan dan sisi kayu. Sisi kayu sengaja saya tak tutup habis sebab plan nak letak barang dalam dia. Jadi sisi kayu tu saya letak engsel senang bukak dan letak mangnet pada tepi supaya mudah untuk tutup dan tak terbuka pintunya
Pandang dari depan stool yang telah siap drill semua kayu pada pvc pipe.
Kiri dan kanan sisi stool saya jadikan pintu untuk senang letak barang dalamnya.
Ini pulak rangka untuk meja makan lipat. Dah siap sambung pvc connector dengan pvc pipe ikut ukuran tinggi dan besar mana meja makan yang kita inginkan.
Bawah meja makan tu saya letak roda bagi memudahkan untuk saya simpan semula dan tarik kemana² meja tu. Tepi meja makan kiri dan kanan tu saya sambungkan dengan bracket yang boleh bukak dan lipat.
Pandangan meja makan yang dah lipat dari tepi.
Pandangan meja makan apabila dibuka kiri dan kanan.
Pandangan dari tepi meja makan yang dah siap dicantum dengan kayu. Lupa tangkap gambar kayu sebelum tampal wainscoting ni. Sebelum tu kayu yang dah siap dicantum, saya cat dulu guna cat minyak warna putih (lupa nak tangkap gambarnya).
Ni pic yang saya dah tampal dengan aksesori. Wainscoting dan cermin sticker saya beli dekat shoppe jugak.
Pic meja bahagian belakang.
Pic dari atas meja yang dah siap ditampal dengan wallpaper design marble.
Pic dari sisi meja yang telah dilipat.
Pintu yang boleh dibuka untuk ruang penyimpanan barang.
Taraaaa. Dah siap. soal kekukuhan, Alhamdulillah kukuh sebab saya pernah minta adik saya yang berbadan gempal duduk dan berdiri atas nya.
Alhamdulillah ok tak ade sebarang masalah sebab kayu nya sangat solid dan bukan kayu habuk.
Kredit : Fida Hishamudin