DIY Rak Tinggi Pada Dinding Untuk Jimat Ruang Barangan

49,423 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rak yang tinggi ini semangnya memudahkan untuk diri sendiri lebih-lebih lagi kalau dirumah kita tidak mempunyai ruang yang mencukupi. Jadi, semestingya setiap rumah perlu mempunyai rak tinggi. Yang penting, hanya diy sahaja rak yang tinggi tu lagi senang.

Kepada yang mencari bagaimana untuk lakukan DIY ini boleh tengok perkongsian daripada Hairul Nazmi ini. Beliau melakukan diy rak tinggi dirumahnya untuk menjimatkan lebih banyak ruang. Pastikan rumah anda mempunyai dinding berbentuk 'U'.

Bahan untuk gunakan hanya simple sahaja. Hanya kayu pine dan juga  kayu terpaki untuk membuat rak ini. Jadi, Jom kita tengok perkongsian tentang diy ini daripada beliau.

Lelaki Kongsi Cara Untuk DIY Rak Tinggi Pada Dinding Untuk Simpan Barang

Baru siap buat rak tinggi, sebab nak jimat ruang bawah konon nye.

Kalau dalam rumah ade dinding bentuk 'U' macam ni, boleh cuba buat. Perlukan material kayu sikit je. Saya pakai kayu size 1x2 buat tulang, pastu papan pine untuk buat lantai nye.

Lebar rak ni dalam sekaki je, panjang tu bergantung pada jarak dinding kiri kanan tu.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:- 

Cara Membuat DIY Rak Tinggi Pada Dinding

1. Pastikan rumah anda mempunyai dinding berbentuk 'U' macam gambar ni. Lakukan proses memasang kayu dengan skru biasa sahaja yang saiz 2.5 inci dan wallplug plastik 6mm.

2. Lubang skru tersebut ditebuk menggunakan pocket hole jig. Ia berharga RM70 sahaja. Apitkan kayu menggunakan apit G.

3. Lakukan proses yang sama terhadap tingkat yang lain. Anda bebas nak buat banyak mana.

DIY Rak Tinggi
DIY Rak Tinggi

4. Untuk potongan kayu pula, saya menggunakan kayu saiz 1 x 2 untuk membuat tulang. Untuk lantai pula, gunakan papan pine yang dibeli.

Ukuran lebar rak adalah sekaki dan panjangnya bergantung pada jarak dinding kiri dan kanan anda. Gunakan circular saw berjenama Fixtec.

Alat ini pula bernama orbital sander.

DIY Rak Tinggi

Hasil Akhir DIY Rak Tinggi Pada Dinding

Inilah dia rupa akhir rak dinding tersebut. Nampak kemas dan boleh letakkan barang diatas untuk jimatkan lebih ruang. Kepad yang ingin cuba, boleh lakukan di rumah.

DIY Rak Tinggi

Banyak dah barang yang telah diletakkan diatas. Setakat ni kukuh.

DIY Rak Tinggi

Sumber : Hairul Nazmi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down