DIY Rak TV Tergantung Pada Dinding Rumah Bermodalkan RM500

373 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa sahaja sudah pastinya menginginkan sebuah rak tv yang menarik untuk diletakkan pada bahagian ruang tamu rumah mereka. Rumah yang tiada televisyen boleh dikatakan sangat pelik memandangkan zaman sekarang banyak servis pengstriman untuk kita melihat dengan seisi keluarga.

Nak tengok tv sudah semestinya memerlukan ruang tv yang cantik disertakan dengan rak tv dinding yang menarik. Ray Didek berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah diy rak tv dinding yang cantik disertakan dengan lampu strip menyala dengan cantik sekali.

DIY Rak TV Yang Cantik Tergantung Pada Dinding Rumah Bermodalkan Bawah RM500

Cuma nak share Project DIY Wall Mounted TV Cabinet tanpa menggunakan cat. Anggaran kos bawah RM500 (untuk harga barang sahaja)

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Rak TV Ini

  • Plywood 18mm = 1 unit (4ft x 8ft)
  • Plywood 12mm = 1 unit (4ft x 8ft)
  • Wallpaper (Black) = 1 unit (5m)
  • Wallpaper (White) = 1 unit (5m)
  • Wallpaper (Walnut Wood) = 1 unit (<5m)
  • Hardwood (1inch x 6inch) = 1 unit 12ft (belah jadi 1inch x 3 inch)
  • Chasing (White) 2 inch = 1 unit
  • Laminated Plywood 3mm (White) = 1 unit (4ft x 8ft)
  • Door Hinge (concealed type) = 6 units
  • TV Bracket = 1 unit
  • 3 pin Socket (2 Gang) = 2 units
  • 2 Gang Switch = 1 unit
  • LED Eyeball Downlight (1W) = 2 units
  • LED T5 (5W) = 4 units (recommanded use LED strip Light)
  • L-Shaped Brackets = 10 units
  • 1.5mm & 2.5mm Cable
  • Skrews
  • Magnetic Catches = 3 units

Proses-Proses Dalam Melakukan DIY Rak TV Ini

1. Buat lakaran kabinet mengikut design kesukaan sendiri atas kertas.

DIY Rak TV

2. Potong papan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

3. Lekatan papan tadi pada dinding mengunakan skru simen (saya guna skru panjang 3 inchi). Pastikan tebuk dinding dulu sebelum masukan skru.

4. Pasangkan chasing untuk menyimpan cable nanti.

5. Potong plywood 18mm untuk kabinet mengikut ukuran yang ditetapkan (saya potong guna circular saw).

6. Haluskan plywood tadi mengunakan kertas pasir (saya guna orbit sander).

7. Potong & Lekatkan wallpaper pada plywood (saya lebihkan sikit ukuran wallpaper dari ukuran plywood).

ini contoh wallpaper saiz 60cm x 5m. Saya beli di Shopee

8. Potong plywood 12mm mengikut ukuran yang ditetapkan. Plywood ni saya guna untuk back ground cabinet.

9. Lekatkan Laminated plywood 3mm warna putih pada plywood 12mm tadi menggunakan gam kayu (jenis CA).

10. Selepas kering, pasangkan plywood tadi pada dinding. Cantumkan pada papan di dinding tadi menggunakan skru.

DIY Rak TV

11. Pasangkan L-shaped bracket pada kabinet dan pasangkan kabinet pada dinding (cantumkan dengan plywood 12mm yang dah dibalut dengan laminated plywood).

12. Tutup laluan cable menggunakan plywood 12mm yang telah dipotong.

13. Proses tambahan untuk sembunyikan skru.

14. Saya buat ukuran tebal muat² untuk pasang LED eyeball downlight lebih kurang 3-4 cm tebal.

15. Pasangkan TV Bracket, 3 pin Socket & LED eyeballs down lights.

16. Pasangkan pintu kabinet (saya guna plywood 18mm untuk pintu kabinet).

DIY Rak TV

17. Bahagian tambahan. Floating rack.

Saya buat macamni je untuk sembunyikan skru.

Ini door hinge yang saya gunakan. Beli di kedai hardware.

Ini Magnetic Catches yang saya guna. Beli di kedai hardware.

L-Shaped bracket yang saya guna beli di DIY.

Saya tambah satu lagi 3 pin plug untuk sembunyikan cable TV. Saya gunakan sekali ada port USB sebab saya nak pasang LED strip light yang guna USB.

DIY Rak TV

Saya pasang di belakang TV macam ni.

Setelah semua siap pasang. Dah dirasmikan kumpulan Bulus.

Akhirnya siap juga diy rak tv dinding ni. Proses makan masa lama tapi berbaloi sebab hasil diri sendiri.

Sumber : Ray Didek

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down