Setiap pencinta kucing daripada kita semua ini sudah pastinya menginginkan yang terbaik untuk si anak bulus ini. Dari makanan, penjagaan dan juga tempat tinggal mestilah dalam keadaan yang terbaik. Namun, yang paling penting setiap kucing sudah pastinya memerlukan sebuah rumah kucing yang selesa. Anda boleh diy sahaja macam yang dilakukan oleh Mohd Ridzuan ini.
Mohd Ridzuan berkongsikan beberapa langkah dan cara untuk melakukan rumah kucing secara DIY didalam grup "Tukang Apa Hari Ini". Dalam membuat projek ini, beliau menyertakan beberapa lukisan untuk digunakan sebagai panduan dalam melakukan rumah kucing ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Mohd Ridzuan ini.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera warga T.A.H.I. Saya nak share DIY rumah kucing yang diperbuat berasaskan kayu pine.
Saya sertakan jugak lukisan yang digunakan sebagai panduan semasa kerja2 pembuatan untuk rujukan semua dan semoga beroleh manfaat. Ni 1st post saya dalam group ni.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Membuat DIY Rumah Kucing Yang Cantik
Disinilah tempat yang kami ingin melakukan dan meletakkan rumah kucing ini.
Proses dilakukan dengan membuang rumput dan membuatkan tapak untuk rumah kucing tersebut.
Untuk tebalkan tapak tersebut, saya meletakkan batu bata dan menyusun mengikut bentuk tapak tersebut.
Letakkan simen pada bahagian tersebut dan tunggu 2 hari sehingga simen itu keras.
Lepas simen keras, boleh beralih kepada membuat rangka rumah kucing pada tempat tersebut.
Selepas selesai membina rangka, lakukan pula dengan membuat dinding rumah tersebut menggunakan pine wood.
Rumah kucing yang telah dilengkapi pasang pine wood akan kelihatan sebegini.
Ini merupakan bahagian dalaman rumah kucing saya ini.
Hasil Akhir Rumah Kucing Yang Dilakukan
Inilah dia hasil akhir rumah kucing yang saya lakukan untuk si bulus nanti. Semoga ini dapat menjadikan inspirasi untuk anda semua.
Draf Pelan Lukisan DIY Rumah Kucing
Ini merupakan draf lukisan saya pada awal sebelum melakukan diy ini. Lukisan ini bertujuan untuk panduan semasa melakukan kerja-kerja pembuatan rumah kucing ini.
Sumber : Mohd Ridzuan