DIY Stor Luar Rumah Sekali Dengan Tempat Bersantai

12,654 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Serabutnya kalau ada banyak barang kat rumah namun stor pula tak ada. Mesti ada yang ada masalah sebeginikan? Kalau tak kemas nanti rumah nampak tidak kemas dan kotor. Tidak perlu risau kerana perkongsian daripada Kunije Tnije ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda.

Beliau telah melakukan sebuah DIY stor rumah pada bahagia hadapan rumah. Selain itu juga, tempat stor tersebut dilakukan juga tempat untuk bersantai. Sememangnya projek 2 dalam 1. Sambil-sambil susun barang boleh pergi mengopi pada bahagian luar rumah.

Jom kita melihat bagaimana DIY ini dilakukan dan bagaimanakah hasil ruang bersantai yang dikatakan cantik dihiasi itu.

Projek DIY Stor Rumah Bahagian Luar Didatangkan Sekali Dengan Tempat Bersantai Yang Cantik

Hari ni nak kongsikan sebuah perjalanan diy sebuah stor pada bahagian luar rumah dan juga sekali dengan tempat lepak dan bersantai pada petang-petang

Proses-Proses Untuk Projek DIY Stor Rumah Yang Dilakukan Ini

Tengok banyak sangat barang dah tak tau mana nak simpan. Last kami cuba buat stor.

Siap juga akhirnya. Tiang guna kayu keras yang dari projek lama. Beli plywood yang tebal buat lantai sebab kami nak jadikan ia tempat lepak kan.

DIY Stor Rumah

Letak karpet la dulu. Tak sabar nak duduk waktu malam. Kita fikir material apa yang sesuai nanti kita letak.

Alhamdulillah ada lebihan dari laminate floor projek lama, boleh kita tampal.

ok la kan. Dah bole buat kerja sambil baring dulu. Hehehe.

Akhirnya masukkan elemen pokok dan kita susun pokok2 secara kelompok dan tinggi rendah. Kerusi tu yang secondhand client buang. Kami ambik betulkan kaki jer terus boleh guna balik.

DIY Stor Rumah

Kepada anda mepunyai ruang yg kecil dan takde ruang simpanan, anda masih mampu untuk merealisasikan. Buat ia dwifungsi supaya jimat ruang dan dlm waktu sama bole guna sebagai tempat yang lebih berguna.

DIY Stor Rumah

Sumber : Kunije Tnije

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down