DIY Tampal Bumbung Rumah Teres 2 Tingkat Yang Bocor

18,045 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang pasti menginginkan sebuah dekorasi rumah yang cantik, deko bilik tidur yang menarik dan sebagainya. Namun, harus diingatkan bahawa selain daripada dekorasi, keselamatan dan masalah rumah juga perlu diteliti dengan baik. Sebagai contoh, masalah bumbung atau siling rumah bocor dimasuki air hujan.

Jika berlaku sebegitu, dekorasi rumah anda yang cantik pastinya akan terjejaskan? Jadi, anda perlukan sedikit pengetahuan asas untuk membaiki atau tampal bumbung rumah anda secara DIY jika berlaku bocor.

Perkongsian daripada Supian Ghazali ini memberikan beberapa tips, cara dan bahan yang diperlukan untuk tampal siling rumah yang bocor. Jom kita lihat perkongsian daripada beliau.

Cara Untuk DIY Tampal Bumbung Rumah Teres 2 Tingkat Yang Bocor

DIY bumbung bocor hari ni sebab tak jumpa cari punca. Buat semua mana yang rasa2 penyebab bocor (konkrit perabung, waterproof coating hairline crack dinding party wall, silicone tempat paku, silicone join zink dengan konkrit party wall, silicone roof tile crack, silicone tempat kabel astro). Start pukul 10 Pagi sampai dalam pukul 2 petang siap. Harap-harap dah takde bocor.

Jenis Rumah : Teres 2 Tingkat

Pekerja : solo + wife tukang gantung barang dekat bawah. Bawak naik barang pakai tali.

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Tampal Dinding

Proses Untuk Melakukan DIY Tampal Bumbung

Gambaran sebelum membaiki bumbung diatas rumah. Kelihatan jelas ada retak-retakan pada bahagian bumbung ini. Disitulah air hujan masuk di dalam bumbung dan siling terus menjadi bocor.

DIY Tampal Bumbung

Gambaran selepas proses penampalan sikacoat pada kesan retakan bumbung rumah.

Masa ni bumbung bocor sebelah tepi rumah jiran. Memang rasa stress jer kalau air dah start keluar.

Berikut merupakan panduan untuk anda yang ingin melakukan apa-apa tampalan pada permukaan dinding. Memang berguna panduan sebegini.

DIY Tampal Bumbung

Setelah siap semuanya, harap masalah bocor pada bumbung rumah akan dapat diatasi. Semoga DIY ini dapat membantu anda yang ada masalah sama macam Supian Ghazali.

DIY Tampal Bumbung

Sumber : Supian Ghazali

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down