Dekorasi dinding dengan menggunakan kaedah wainscoting sering kali dihasilkan oleh pemilik rumah pada masa kini dengan cara DIY sahaja. Hal ini kerana, selain dari ianya senang dipasang, ia juga boleh didapati dengan harga bajet yang cukup berpatutan.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Jamn Jameelun bagi memastikan dinding rumahnya dapat didekorasikan dengan konsep wainscoting.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses pemasangan wainscoting ini. Jom sama-sama kita ikuti.
DIY wainscoting. Panjang dinding ini 25ft. Kos yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM300 sahaja.
Ini adalah PVC yang digunakan.
PVC tersebut dibeli dari Shopee. Sebatang dalam 1.5meter. Kalau beli banyak macam ini dalam RM190 keatas.
Wainscoting pvc dapatkan disini : https://shope.ee/8zRPniuAsa
PVC yang besar macam dalam gambar dibawah ini dipanggil chair rail untuk border atas. Yang kecil 4cm untuk kotak-kotak dia.
Cara Ukur Saiz Kotak - Kotak :
(Total panjang dinding - Total panjang gap antara kotak) ÷ Jumlah kotak yang nak dibuat.
Contoh :
Dinding 20ft nak buat 7 kotak, gap antara kotak 4 inci.
(20ft = 240inch - 28inch) ÷ 7
Dapat panjang 1 kotak ± 30.28 inci.
Potong ikut angle yang dimahukan. Mitre box ini pun order dekat Shopee. Dapat sekali dengan gergaji.
Mitre Box dapatkan disini : https://shope.ee/8eoZPVGkkN
Cara Penggunaan :
Gunakan gam ini untuk lekatkan wainscoting tersebut pada dinding.
Keadaan wainscoting PVC tersebut selepas dilekatkan. Semasa nak tunggu gam itu kering, kena support PVC tersebut dengan menggunakan tape. Hal ini disebabkan hukum graviti akan membuatkannya menjadi senget dan nak jatuh.
Apabila sudah kering, sealantkan keliling kotak-kotak itu supaya lebih kemas.
Pemasangan wainscoting pada bahagian corner dan berlipat. Abaikan dinding bercapuk itu kerana ia akan di cat semula nanti.
Inilah hasilnya setelah wainscoting selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk ada pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.