Bercakap mengenai bab wainscoting ini pasti ramai jer yang kenalkan? Wainscoting merupakan antara diy yang paling popular dan mudah dilakukan dirumah. Hanya memerlukan beberapa barangan yang simple sahaja untuk membuatnya.
Ahmad Sobri Mansor telah menunjukkan beberapa cara untuk melakukan DIY wainscoting mudah ini. Perkongsian ini juga telah dikongsikan didalam laman media Facebook beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau tersebut.
Selesai sudah DIY dinding rumah di ruang tamu. Seminggu lebih juga menyiapkan.
Orang perempuan power dalam bab membeli di Shopee. Ini hasil DIY. Saya kongsi dalam bentuk gambar.
Gigih aku selama seminggu ni ambik gambar dari awal sampai akhir. Saya kongsi step by step buat DIY wainscoating cara saya dan hakak. Hakak tukang conteng dan design. Saya tukang panjat, ukur dan pasang.
Lakaran Awal
Ini lakaran daripada kakak beliau. Kalau bab paperwork memang power. Kalau saya ni bab lukis dan graf memang kalah awal-awal.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
1. Testing dulu. Ukur bingkai dan potong. Buat dulu bingkai di bahagian kiri dan kanan dulu. Selesai bahagian kiri kanan, Baru dapat ukuran bingkai di bahagian tengah pula.
Tampal guna gam. Dah gam, kau selotep guna masking tape. Taknak bagi dia bergerak kebawah. Sebab gam belum kering lagi.
2. Sambung pasang bingkai sebelah kiri pula. Potong dan tampal elok ikut ukuran. Bila bingkai kiri dan kanan dan pasang dan tampal, baru dapat gambaran ukuran untuk ukur panjang bingkai di tengah-tengah pula.
Disebabkan dah ada saiz cermin, maka senanglah sikit kerja habang. Ikut panjang dan lebar cermin. Cuma kena tambah sikit ikut ukuran antara bingkai Wainscoating ni.
3. Ok. Setel dah bingkai kiri dan kanan di bahagian bawah. Cuma tinggal part bingkai paling atas pula.
4. Ada yang tanya macam mana untuk potong bucu nampak kemas dan cantik. Caranya macam ni, ambil masking tape. Tampal atas lantai tile ruang tamu kau. Tampal elok-elok dari bucu kanan hingga ke bucu kiri tile kau tu. Ikut seperti di gambar.
5. Ambil bingkai yang kau nak potong tu. Kau letak elok-elok ikut kedudukan begini.
6. Ambil sesiku L kau, kau buat garis ikut line menegak pada lantai tile rumah kau.
7. Jadilah begini. Mudahkan? Kau ambil gergaji besi dan kau potong elok ikut garisan.
8. Dah siap potong. Ikut dan posisikan dalam keadaan tegak 90 darjah. Gunakan alat penimbang air untuk dapat sama tegak.
Dah tegak, kau buat garisan guna pencil. Kemudian ambil gam dan kau tampal ikut garisan yang kau buat tadi.
9. Setiap kali pasang, pasti akan ada ‘gap’ begini. Takkan boleh duduk elok punya. Jadi kau kena tutup ‘gap’ ini guna ‘Gap Filler”.
10. Inilah Gap Filler tu. Kau tekan dan kau tutup semua bahagian yang renggang tu. Kemudian, ambil span dan basahkan. Kau sapu bahagian yang kau tutup tadi sampai dia jadi rata.
11. Selesai sudah pasang bingkai ikut design yang hakak kau request. Tutup semua bahagian yang renggang dengan Gap Filler. Adjust kedudukan cermin biar dia duduk di tengah-tengah.
Cabut semua masking tape tadi. Jadilah keadaannya begini. Test ikut kesedapan mata yang melihat.
12. Cat undercoat dulu. Tutup semua cat lama. Baru tala cat putih yang mahal sikit. Mahal sangat tu tidaklah. Tetap harga marhain.
Dalam hampir seminggu juga menyiapkan dinding ni. Oklah ni. Tak mampu nak buat seperti silang serong ke kiri dan kanan tu. Buat ajerlah ikut design begini.
Biar sejuk mata hakak kau memandang. Walaupun suami dia sakit urat 3 hari demi nak menyiapkan kerja DIY waktu PKP ni.
Sumber : Ahmad Sobri Mansor