Masuk-masuk rumah sahaja dah terus nampak dah dapur. Aduhaii, mesti rasa stress dan malukan tambahan pula kalau dapur tersebut kotor dan bersepah. Tak semua perempuan sebenarnya yang sukakan kepada ruang dapur berkonsepkan "open through kitchen" ini. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy wall divider dari kayu pallet untuk lindungi dapur anda.
Solusi untuk permasalahn ini adalah dengan membuat divider atau pembahagian ruang dimana ia berfungsi untuk lindungi ruang dapur. Buat divider sekaligus menutup dengan dinding konkrit namun memakan modal yang rendah. Untuk mengetahui cara DIY "wall divider" ini, boleh ikut hasil perkongsian daripada Zamrina Hashim ini.
Zamrina Hashim ini telah melakukan DIY "wall divider" dan beliau berkongsikan hasil beliau di dalam laman sesawang Facebook. Beliau menyatakan bahan senang diperolehi serta jimat dan senang membuatnya. Jom kita tengok cara-cara dan hasil DIY "wall divider" beliau.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1. Kayu Palet 11 Batang
2. L shape Bracket & Skru
CARA-CARA DIY "KAYU DIVIDER"
1. Pastikan dahulu ketinggian siling dan potong kayu palet mengikut ketinggian tersebut.
2. Susun dahulu kayu tersebut mengikut kemahuan anda
3. Setelah selesai susun. Lekatkan bahagian atas dan bawah kayu pada siling tersebut dengan menggunakan L shape bracket.
4. Siappppp!! Untuk mencantikkan lagi kayu pallet tersebut, anda boleh meletakkan varnis ataupun cat dengan warna kesukaan anda. Nak buat dekorasi pun boleh.
Macam mana dengan perkongsian daripada Zamrina Hashim ini? Menarik, kan? Beliau menyatakan ini hasil beliau dan suami beliau yang berganding bahu bersama-sama menyiapkan wall divider daripada kayu pallet ini.
Anda juga boleh membuatnya di rumah. Senang dan mudah sahaja caranya. Semoga ini dapat memberi inspirasi untuk anda untuk membuat sendiri hasil ini di rumah. Semoga bermanfaat semua.
Sumber : Zamrina Hashim