Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan rata-rata pemilik rumah suka melakukan projek diy sendiri untuk memastikan rumah kediaman kelihatan cantik dan menarik.
Tetapi, projek shiplap wall ini akan menjadi lebih rumit sekiranya dinding rumah anda tidak rata dan senget. Itu yang terjadi kepada Nad's Na'em. Beliau menyatakan begitu banyak dugaan dalam melakukan projek shiplap wall pada dinding jenis senget.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama ikuti perkongsian diy yang menarik ini.
Alhamdulillah sudah siap projek shiplap wall ni. Lama betul nak siap.
Tengok macam senang tapi boleh tahan juga susahnya.
Dugaan dapat dinding rumah senget. Memang kena banyak sabar
Ini adalah keadaan dinding bawah semasa proses shiplap wall dilakukan.
Keadaan dinding dari pandangan dekat semasa proses ubahsuai.
Proses pemasangan shiplap wall sudah siap dilakukan. Seterusnya pula adalah proses undercoat terlebih dahulu sebelum di cat dengan warna yang diinginkan.
Proses undercoat mula dilakukan.
Proses diteruskan lagi.
Setelah selesai dilakukan undercoat, proses seterusnya pula adalah mengecat shiplap wall itu dengan warna pilihan.
Proses diteruskan lagi dengan teliti supaya kemas.
Proses mengecat sudah hampir siap sepenuhnya.
Inilah hasilkan shiplap wall selepas selesai dilakukan.
Gambaran penuh keadaan ruang makan setelah selesai dilakukan shiplap wall. Nampak sangat kreatif dan kelihatan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari idea untuk deco rumah anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk. Selamat mendeco.