Pendidikan anak-anak sebenarnya bukan hanya tertumpu di sekolah sahaja, malah di rumah juga perlu. Di sekolah, ianya merupakan tempat yang sememangnya selesa untuk menimba ilmu dan belajar.
Namun, bagaimana pula di rumah? Perkara ini sering diabaikan oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa di rumah.
Disebabkan sedar dengan kepentingan ruang belajar di rumah, seorang ibu ini yang bernama Zurita Yusof telah menukarkan satu ruang kosong dirumahnya menjadi bilik study buat anak-anaknya.
Jadi, jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Hi semua, nak kongsi dengan korang dekorasi bilik belajar anak-anak. 95% menggunakan barang-barang dari IKEA.
Kita prefer simple decoration. Tak suka barang banyak sangat. Kang nanti tak tahu nak letak mana.
Akhirnya selesai deco. Alhamdulillah.
Ruang ini sebelum diubahsuai.
Ruang bilik ini selepas diubahsuai. Cat bilik yang digunakan jenama Jotun Timeless Majestic Sheen.
Ini antara model-model IKEA yang digunakan:
Itu sahaja perkongsian dekorasi bilik belajar anak dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.